Malaysia Football League (MFL) dilaporkan telah mengemukakan permohonan mengenai cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) Liga Malaysia kepada Menteri Kesihatan, Yang Berhormat (YB) Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sebentar tadi.

SOP itu juga turut melibatkan kebenaran bagi membolehkan para penyokong kembali ke stadium dengan syarat sudah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin.

Pengesahan berhubung perkara tersebut telah diumumkan oleh MFL dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan penganjur saingan Liga Malaysia itu.

Perkara itu menjadi topik perbincangan kedua-dua pihak susulan kunjungan hormat yang dilakukan Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan ke pejabat YB Khairy Jamaluddin di Putrajaya, hari ini.

Selain itu Khairy Jamaluddin yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan turut diberikan penjelasan berkenaan perkembangan Liga Malaysia 2021 yang sudah bermula sejak 5 Mac 2021.

Saingan Liga Malaysia yang kembali bersambung selepas terhenti pada Mei lalu jelas telah mematuhi segala SOP ketat seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Diharapkan dengan pertemuan melibatkan dua individu yang baharu dilantik menjawat tugasan baharu mereka ini dapat memberikan sinar dalam usaha MFL untuk membenarkan para peminat kembali memberikan sokongan buat pasukan masing-masing.

Sama-sama kita nantikan apa keputusan yang bakal dicapai!

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Rummenigge: Amat Sukar Untuk Kekalkan Erling Haaland Di Jerman

Demi Keselamatan, Pasukan Akur Aksi Piala Presiden & Piala Belia Dibatalkan

Perak Berjaya Selesaikan Beberapa Isu Berhubung Tuntutan Gaji