Dalam satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) pada 3 Oktober lalu, badan tersebut memutuskan perpindahan pemain antara pasukan utama dan feeder club di luar jendela perpindahan kini boleh dibuat tanpa had.

Sebelum ini, hanya lima pemain sahaja yang dibenarkan untuk menyertai sama ada daripada feeder club ke pasukan utama ataupun sebaliknya.

Dengan perubahan yang dilakukan oleh MFL, perkara ini dilihat memberi kelebihan besar terhadap dua pasukan yang sudah mempunyai feeder club seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC). Pasukan Selangor juga bakal mendapat kelebihan sama sekiranya hasrat mereka menjadi PKNS FC sebagai feeder club musim hadapan berjaya.

Johor Darul Ta’zim II
Barisan pemain Johor Darul Ta’zim II. Sumber Gambar: JST

Untuk rekod, peraturan feeder club ini mula diperkenalkan pada musim 2017 di mana ketika itu hanya empat pertukaran sahaja dibenarkan di luar jendela perpindahan (tiga pemain tempatan tanpa had umur dan seorang pemain import).

Pada musim 2018, peraturan itu dipinda apabila pasukan boleh membuat perpindahan tanpa had di luar jendela perpindahan membabitkan pemain tempatan berusia 27 tahun ke bawah manakala dua pemain import dibenar untuk ditukar tanpa mengira umur.

Sharin Sapien
Sharin Sapien antara pemain yang beraksi bersama TFC I dan TFC II musim ini.
Sumber Gambar: TFC

Kemudiannya ia dipinda lagi di mana tiada had transaksi di luar jendela perpindahan bagi pemain tempatan tanpa mengira usia mereka, manakala pemain import pula sebanyak lima perpindahan dibenarkan.

JDT, Terengganu FC dan Selangor bakal mempunyai pilihan pemain yang besar dan ketiga-tiga pasukan ini dijangka tidak berdepan masalah untuk menurunkan pemain terbaik dalam setiap perlawanan.

Baca artikel lain mengenai feeder club di sini:

PKNS FC Belum Hantar Permohonan Rasmi Kepada FAM Untuk Dijadikan Sebagai ‘Feeder Club’

PKNS FC Jadi ‘Feeder Club’ Kepada Selangor

Shahrel Fikri: Bukan Senang Nak Naikkan PKNP FC