Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi jaminan bahawa geran tahunan setiap pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana musim ini akan diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menjelaskan meskipun tarikh akhir pembayaran masih belum diketahui, namun pihaknya telah bertemu dengan setiap pasukan dan menjelaskan perkara yang sedang berlaku.

Kevin_Ramalingam_a_1514624868

Sumber Gambar: NST

“Buat masa ini tiada lagi tarikh khusus untuk penyerahan geran tahunan tetapi MFL telah bertemu dengan setiap pasukan menjelaskan perkara yang berlaku.

“Apapun, MFL akan memberikan yang terbaik bagi memastikan geran tahunan itu akan dapat diberikan,”katanya menurut laporan Utusan.

Setelah menamatkan kerjasama bersama TM, MFL kemudiannya mengumumkan mereka kini sedang berbincang dengan 5 buah syarikat yang menunjukkan minat untuk menaja saingan Liga Malaysia.

Apa yang pasti, MFL perlu segera membayar geran tahunan kerana kebanyakkan pasukan bergantung kepada geran untuk terus hidup dalam saingan Liga Malaysia.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group