Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menarik nafas lega apabila sebahagian bebanan tunggakan gaji beberapa bekas pemain dan jurulatih terdahulu telah dilangsaikan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melalui pemotongan hak penyiaran pada musim 2019.

Presiden KAFA, Wan Abul Rahim Wan Abdullah, sebanyak RM 500,000 yang diterima daripada MFL pada 15 Julai lalu telah digunakan untuk membayar hutang dan pihaknya akan menanti pembayaran bagi fasa kedua hak penyiaran.

Manakala baki tunggakan selebihnya akan dibayar oleh MQ Technology Berhad berdasarkan pakej kewangan yang telah dipersetujui bersama dengan KAFA.

Wan Rahim

Presiden KAFA, Wan Rahim. Sumber Gambar:MFL

Wan Rahim berkata: MFL ada meminta KAFA selesaikan tunggakan gaji bekas pemain termasuk pemain import dan bekas jurulatih malah kami turut terbeban dengan pemotongan yang belum dilakukan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Sebahagian daripada isu ini sudah ada cara penyelesaian dan ini semua akan dikemukakan oleh FAM pada pertengahan September nanti bagi permohonan pelesenan kelab.

“Jadi kami telah capai persetujuan dengan MFL yang mana hak penyiaran pusingan pertama berjumlah RM 500,000 telah pun digunakan untuk membayar sebahagian tunggakan gaji pemain.

“ Selepas ditolak daripada hak penyiaran itu nanti, baki hutang akan dibayar oleh MQ Technology dan kehadiran penaja kami ini dijangka akan beri impak besar kepada pelan kewangan kami.

“KAFA mahu ucapkan terima kasih kepada MFL yang sanggup membantu KAFA memandangkan banyak kes tunggakan gaji ini sudah libatkan FIFA dan sudah tidak ada peluang lagi bagi kami untuk membuat sebarang rayuan,” katanya.

Meeting KAFA dan MFL

Perjumpaan KAFA dan MFL. Sumber Gambar: MFL

Pada 23 Ogos lalu, KAFA telah mengadakan pertemuan dengan MFL yang diketuai Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd. bagi membincangkan isu membabitkan pelesenan kelab yang menjadi perhatian utama pada musim depan.

Mulai 2020, semua pasukan dari Liga Premier juga diwajibkan mempunyai pelesenan kelab walaupun tidak seketat pasukan yang bersaing di Liga Super.

Wan Abdul Rahim

Wan Abdul Rahim. Sumber Gambar: Harian Metro

“Perjumpaan dengan MFL juga turut membabitkan wakil dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan pandangan yang mendalam mengenai pelesenan kelab memandangkan kami baharu sahaja mengambil alih KAFA.

“Kami telah mempunyai susunan pakej bagi selamatkan bola sepak kelantan dan bertuah kerana melalui perjanjian persefahaman (MoU) dengan MQ Techology, satu entiti yang dinamakan TRW Sdn.Bhd akan cuba memastikan faktor kewangan Kelantan akan berjalan lancar pada musim akan datang.

“KAFA juga telah melantik Datuk Seri Afandi Hamzah, seorang yang begitu berpengalaman bagi menyusun pasukan bagi hadapi musim depan dengan mengekalkan pemain tempatan berpotensi serta memburu pemain import berkaliber dari Afrika, ” katanya.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group