MFL akui bahawa mereka masih berhutang dengan JDT. Namun MFL ada alasan tersendiri untuk menangguhkan bayaran kepada salah satu rakan kongsi mereka itu.

Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan menjelaskan, penangguhan pembayaran wang kemenangan pada musim 2020 telah dipersetujui oleh pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

JDT ingatkan tentang hutang

Isu hutang MFL itu muncul apabila TMJ baru baru ini mendakwa FAM berhutang dengan kelab itu.

TMJ mengulas insiden suar yang berlaku di Stadium Sultan Ibrahim dan meminta FAM menolak wang denda daripada hutang FAM dengan kelab JDT.

Namun presiden FAM, Hamidin Mohd Amin menafikan FAM berhutang dengan JDT. Sebaliknya yang berhutang dengan JDT adalah MFL. Hutang tersebut adalah hutang daripada hadiah kemenangan juara Liga Super Malaysia 9 kali berturut turut itu.

MFL akui berhutang

MFL menerusi presidennya, Dato Ab Ghani akui perkara itu di mana mereka ada berhutang dengan JDT.

Namun menegaskan bahawa, penangguhan bayaran itu atas persetujuan bersama dicapai dengan JDT.

Ghani turut menjelaskan bahawa, MFL cuma berhutang dengan JDT dan tidak ada sesen hutang pun dengan rakan kongsi mereka yang lain.

MFL mencapai kesepakatan penangguhan bayaran itu kerana kekangan kewangan akibat pandemik covid-19.

Sambil MFL menyatakan bahawa pemilik JDT iaitu TMJ memahami kekangan kewangan MFL yang kehilangan wang tajaan kira-kira RM30 juta akibat pandemik Covid-19.

Ghani berkata: “MFL telah melakukan pembayaran secara berperingkat dan kini dalam proses akhir menyelesaikan baki pembayaran wang kemenangan itu tahun ini.

“Bagaimanapun penangguhan pembayaran bagi musim itu hanya melibatkan JDT sahaja di mana MFL tidak ada sebarang tunggakan dengan pasukan lain,”

Selain itu Ab Ghani bertekad bahawa MFL akan melangsaikan hutang JDT pada tahun ini.