Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan pihaknya akan mengumumkan penaja serta penyiar rasmi Liga Malaysia sebelum saingan musim 2020 membuka tirai.

Datuk Hamidin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Liga Malaysia 2020 dan beliau menyatakan proses untuk mendapatkan penaja serta penyiar rasmi kini berada di fasa akhir.

“Saya tidak boleh membuat sebarang pengumuman sementara ini kerana proses mendapatkan penyiar rasmi kini berada di fasa akhir. Paling lewat kita akan membuat pengumuman pada Februari ataupun sebelum musim 2020 bermula.

“Hasrat saya dan juga MFL kami mahukan Liga Malaysia ditayangkan di semua platform dan lebih banyak perlawanan akan dipertontonkan di seluruh pelusuk negara,” kata Datuk Hamidin.

Datuk Hamidin turut memberi jawapan sama ketika diajukan soalan mengenai penaja utama saingan Liga Malaysia musim 2020.

MFL
Datuk Hamidin Mohd Amin

“Sama seperti hal penyiar, kami akan mengumumkan penaja rasmi Liga Malaysia sebelum saingan musim 2020 bermula. MFL bekerja keras bagi memastikan Liga kita mendapat yang terbaik untuk tahun ini dan juga masa akan datang,” tambahnya.

Isu penaja menjadi bualan ramai dalam saingan Liga Malaysia musim 2019 dimana MFL menamatkan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia (TM).

Perkara ini sekaligus memberi kesan dimana pasukan Liga Super dan Liga Perdana hanya menerima separuh daripada hak penyiaran musim 2019.

Baca artikel lain mengenai saingan Liga Malaysia musim 2020 di sini:

3 Pasukan Diberikan Amaran Terakhir, Berdepan Dengan Pemotongan Mata Serta Berisiko Dikeluarkan Dari Liga

Lukas Podolski Lawat Fasiliti Pasukan Johor Darul Ta’zim, Kevin Ramalingam Turut Kelihatan Di Meja Perbincangan

Norshahrul Idlan Talaha Bakal Sertai Kelab Thailand, BG Pathum United