Bekas pemain FC Barcelona, Rafael Marquez, diturunkan dalam perlawanan diantara Mexico bertemu Jerman awal pagi tadi dengan keputusan berpihak kepada Mexico 1-0 hasil jaringan Hirving Lozano atau lebih dikenali dengan Chucky yang berusia 22 tahun.

Namun apa yang lebih menarik dari gol kemenangan pemain sayap PSV Eindhoven itu adalah penampilan pemain veteran Mexico yang tersohor, Rafael Marquez, bekas pemain kelab FC Barcelona yang membuat penampilan dalam 5 edisi Piala Dunia sejak tahun 2002.

article-2657296-1EBD198600000578-320_636x382

Rafaek Marquez yang berusia 39 tahun itu, masuk beraksi pada minit ke 74 menggantikan Andres Guardado di Stadium Luzhniki, dan menyamai rekod pemain lagenda Mexico Antonio Carbajal dan lagenda Jerman iaitu Lothar Matthaus – beraksi dalam 5 edisi Piala Dunia.

Sejak penampilan pertama Marquez di Piala Dunia 2002, beliau belum pernah berjaya membantu skuad El Tricolor itu untuk melepasi pusingan 16 terbaik. Mungkin pada penampilan kali ke 5 ini, Marquez mahu melakukan sesuatu bagi membawa Mexico sekurang-kurang hingga ke peringkat suku akhir sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia.

i

Debut Marquez bersama skuad kebangsaan Mexico hadir pada tahun 1997 namun beliau tidak terpilih untuk beraksi dalam Piala Dunia 1998 di Perancis.

Ketika ini Rafaek Marquez tidak mempunyai kontrak bersama mana-mana kelab selepas kontrak bersama Club Atlas tamat April lalu, kelab dimana beliau memulakan karier pada tahun 1996.

Nota: 3 pemain – Antonio Carbajal, Lothar Matthaus dan Rafael Marquez merupakan 3 pemain yang pernah beraksi dalam 5 edisi Piala Dunia.

Antonio Carbajal: 1950, 1954, 1958, 1962 dan 1966
Lothar Matthaus: 1982, 1986, 1990, 1994 dan 1998
Rafael Marquez: 2002,2006,2010,2014 dan 2018

Buffon 5 Kali Tersenarai Dalam Skuad Piala Dunia, 1998 Tidak Beraksi

1257238-27136295-2560-1440

Manakala jika dikira dari pemain yang tersenarai dalam skuad Piala Dunia, Gianluigi Buffon akan tersenarai sebagai 4 pemain bersama-sama 3 pemain diatas. Buffon tersenarai dalam skuad Itali 1998 tetapi tidak diturunkan dan selepas itu beliau beraksi dalam semua edisi dari 2002 hingga 2014.