Pemain tengah berpengaruh, Mesut Ozil menepis dakwaan yang mengatakan beliau akan meninggalkan Fenerbahce, malah beliau turut mendedahkan mahu mengakhiri kariernya bersama kelab kesayangannya itu.

Menyertai Fenerbahce pada Januari 2021, baki kontrak Ozil bersama kelab yang menamatkan saingan Turkish Super Lig musim 2021/22 di tangga kedua itu dilaporkan sehingga 2024.

Meskipun beliau digantung selama enam bulan bermula Mac lalu dan tidak menerima sebarang bayaran gaji sepanjang tempoh tersebut, Ozil tetap meluahkan rasa cintanya terhadap kelab tersebut dan tidak berhajat untuk meninggalkan pasukan dengan julukan ‘The Yellow Canaries itu’.

“Baru-baru ini saya telah mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat mengenai karier saya. Saya telah menyelesaikan matlamat dalam karier dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah bersama Fenerbahce.”

Kredit Foto: Mesut Ozil

“Kelab yang merupakan cinta ketika zaman kanak-kanak saya, walaupun tidak diberikan sebarang bayaran untuk enam bulan pertama,” ujar Ozil menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Saya ulangi dengan penekanan. Saya tidak akan menamatkan karier saya selain daripada bersama Fenerbahce. Sepanjang tempoh kontrak saya, satu-satunya matlamat saya adalah untuk menyarung jersi Cubuklu [merujuk Fenerbahce]. Keputusan ini sangat jelas dan muktamad.”

“Sebagai mengikut keperluan kehidupan profesional, sekiranya pengurusan kami mengambil keputusan terhadap saya, saya hanya akan menghormati sikap tersebut. Saya akan bekerja keras dan sentiasa memastikan diri saya bersedia.”

“Seperti yang saya seringkali perkatakan, perkara utama ialah Fenerbahce. Dengan segala rasa cinta dan hormat kepada penyokong Fenerbahce,” tambah Mesut Ozil lagi.

Walaupun apa sahaja spekulasi yang diperkatakan mengenai Ozil, beliau masih mampu membuktikan kualitinya dengan menjaringkan lapan gol dalam saingan liga dimana beliau membuat 22 penampilan pada musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Nacho Monreal: Mesut Ozil Bermasalah Dengan Semua Orang

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang

Nottingham Forest Mahu Bina Skuad Berkualiti Hadapi EPL

Sumber