Kelab milik selebriti popular Indonesia iaitu Raffi Ahmad, Rans Cilegon FC dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan bintang Fenerbahce, Mesut Ozil untuk mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi saingan Liga 1 Indonesia musim depan.

Rans Cilegon baru sahaja dinaikkan pangkat ke divisyen 1 setelah muncul sebagai naib juara Liga 2 Indonesia pada musim lepas. Pasukan itu merancang membawa masuk nama besar untuk bersaing dengan pasukan yang kuat dalam Liga 1.

Penghijrahan Ozil ke kelab Indonesia turut mendapat liputan yang luas dalam kalangan media Turki setelah diumumkan sendiri oleh Raffi Ahmad melalui laman YouTube.

“Jika perpindahan Mesut Ozil ke Rans Cilegon terjadi, permainan cantik pemain Jerman itu bakal mewarnai Liga 1 Indonesia musim depan. Namun, Raffi Ahmad perlu menyediakan wang yang besar untuk membawa masuk pemain tersebut,” petikan kenyataan media daripada Fotospor. 

Berdasarkan Transfermarkt, nilai jual bekas pemain Real Madrid dan Arsenal itu mencapai angka 3.70 juta euro atau sekitar RM189 juta. Ia bakal menjadi perpindahan termahal dalam Liga Indonesia.

Walaupun belum dapat dipastikan, namun Raffi Ahmad pernah ke Istanbul ketika Rans Cilegon dijemput ke sana untuk menjalani kem latihan pusat. Beliau jumpa sempat berkunjung melawat beberapa kelab bola sepak dalam Liga Turki.

Raffi Ahmad dalam YouTube Rans Entertainment berkata,

“Mesut Ozil berminat untuk beraksi dalam Liga 1 musim depan. Saya telah berkomunikasi dengannya dan saya boleh katakan kami telah mencapai kesepakatan.

“Liga 1 tahun depan Mesut Ozil, kita sudah telepon-teleponan, saya kan sudah whasappp terus sama dia. Tujuan kami adalah untuk membina pasukan yang kuat di Asia,” kata Raffi Ahmad.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Kelab Korea Selatan Buru Khidmat Pemain Pertahanan Indonesia, Pratama Arhan

Undian Kelayakan Piala Asia 2023 Akan Berlangsung Pada Februari 2022

Jurulatih Singapura Letak Jawatan Selepas Gagal Bawa Pasukan Ke Final Piala Suzuki AFF 2020

Alexandre Polking Sasar Kejayaan Di Peringkat Lebih Tinggi