Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi melaungkan keyakinan bahawa bekas rakan sepasukannya, Xavi Hernandez akan mengembalikan kegemilangan Barcelona seperti yang pernah mereka kecapi bersama.

Xavi kembali ke pangkuan Barcelona selepas beliau bersetuju untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pengendali terdahulu, Ronald Koeman ekoran prestasi hambar The Blaugrana pada permulaan musim ini.

Kehadiran Xavi nyata memberikan harapan baharu buat para penyokong setia Barcelona dan Messi juga tidak terkecuali untuk memberikan sokongan penuh terhadap pengurus berusia 41 tahun itu.

“Xavi adalah pengurus yang mengetahui banyak benda, yang benar-benar mengenali rumahnya [merujuk kepada Barcelona].”

“Dia mengetahui segalanya dengan cukup baik sejak di masih kecil lagi,” ujar Messi menurut laporan Marca.

“Dia adalah individu yang sangat penting bagi pembangunan pemain muda dan juga orang yang bertanggungjawab dalam membuatkan Barcelona semakin berkembang pesat, tidak meragukan perkara ini.”

Tugasan pertama Xavi bersama Barcelona bermula dengan langkah kanan apabila juara 26 kali saingan La Liga itu berjaya menundukkan Espayol dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal menerusi sepakan penalti Memphis Depay.

Selepas mengharungi 13 perlawanan liga, Barcelona menghuni tangga ketujuh untuk mengumpul 20 mata setelah mencatatkan lima kemenangan, lima keputusan seri dan tiga kekalahan.

Dalam perkembangan sama mengenai kelab tersebut, Messi tanpa berselindung mengakui beliau sentiasa membuka pintu untuk kembali semula untuk membantu Barcelona pada masa akan datang.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Piala Malaysia 2021: Terikat Bertemu TFC, JDT Bawa Kelebihan Gol Tempat Lawan

Lima Pemain Muda Selangor Tandatangani Kontrak Jangka Panjang

Drogba Mahu Menangis Mengenangkan Salah Bakal Pecah Semua Rekodnya

 

 

Sumber