Kejutan muncul dalam senarai 30 calon untuk Ballon d’Or 2022 apabila Messi tak tersenarai dalam pencalonan Ballon d’Or. Sebaliknya Cristiano Ronaldo termasuk dalam senarai 30 calon untuk Ballon d’Or 2022, tetapi Lionel Messi tidak lepas.

Lionel Messi
Lionel Messi. Sumber Gambar: Vietnam Post English

Seperti kebiasaannya, majalah France Football mengeluarkan senarai 30 calon untuk Ballon d’Or. Sebilangan pemain bintang yang beraksi cemerlang sepanjang musim 2021-2022 telah dimasukkan dalam senarai.

Namun malangnya Messi tak tersenarai untuk kali ini. Sekaligus menjadikan dia secara rasmi gagal untuk meraih anugerah itu buat kali kelapan. Ballon d’Or secara tak langsung tanpa pemenang terbanyak sepanjang zaman setakat ini.

Calon kegemaran iaitu Karim Benzema sudah tentunya berada dalam senarai. Penyerang pasport Perancis itu menjadi calon utama selepas mengetuai Real Madrid untuk memenangi Liga Juara-Juara 2021-2022.

Karim Benzema

Bukan sahaja Benzema, bintang Liverpool Mohamed Salah, juga termasuk dalam senarai. Malah, Salah ditemani Luis Diaz dan Darwin Nunez sebagai wakil The Reds.

Perdebatan mulai timbul tentang Messi vs Ronaldo. Kenapa Messi tak tersenarai berbanding Ronaldo? Messi bergelut dengan prestasinya di hadapan gol untuk PSG. Namun dia masih menyumbang kepada assist dan memenangi 3 piala pada 2022.

Ini adalah kali pertama Messi tidak tersenarai dalam senarai calon Ballon d’Or sejak 2005.

Ronaldo termasuk dalam senarai calon Ballon d’Or 2022. CR7 tampil luar biasa untuk Manchester United dengan mengukir 24 gol musim lalu dalam semua pertandingan. Dia adalah penjaring terbanyak kelab musim lalu.

Namun Ronaldo gagal memenangi sebarang piala bersama dengan Manchester United. Ronaldo menjadi pemain yang telah tercalon dalam Ballon d’Or sebanyak 18 kali sejak 2004.

Berikut adalah senarai finalis Ballon d’Or untuk senarai pendek 30 finalis:

Thibaut Courtois (Real Madrid)
Rafael Leao (AC Milan)
Christopher Nkunku (RB Leipzig)
Mohamed Salah (Liverpool)
Joshua Kimmich (Bayern Munich)
Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
Vinicius Jr (Real Madrid)
Bernardo Silva (Man City)
Luis Diaz (FC Porto/Liverpool)
Robert Lewandowski (Bayern Munich/Barcelona)
Riyad Mahrez (Man City)
Casemiro (Real Madrid)
Son Heung-min (Tottenham Hotspur)
Fabinho (Liverpool)
Karim Benzema (Real Madrid)
Mike Mainnan (AC Milan)
Harry Kane (Tottenham Hotspur)
Darwin Nunez (Benfica/Liverpool)
Phil Foden (Man City)
Sadio Mane (Liverpool/Bayern Munich)
Sebastien Haller (Ajax Amsterdam/Borussia Dortmund)
Luka Modric (Real Madrid)
Antonio Rudiger (Chelsea/Real Madrid)
Cristiano Ronaldo (Man United)
Kevin de Bruyne (Man City)
Dusan Vlahovic (Fiorentina/Juventus)
Virgil van Dijk (Liverpool)
Joao Cancelo (Man City)
Kylian Mbappe (PSG)
Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund/Man City)