Penjaga gol Udinese, Juan Musso menyatakan bahawa Messi tidak memerlukan trofi antarabangsa untuk membuktikan dirinya terbaik sepanjang zaman ataupun GOAT.

Ini kerana menurut beliau, Messi sudah membuktikan dirinya memang terbaik dalam pentas bola sepak dengan koleksi piala bersama Barcelona dan pencapaian trofi individu.

Messi membantu Barcelona memenangi 35 trofi. Selain itu, Leo Messi juga merupakan pemain terbanyak memenangi Ballon d’Or dalam sejarah setakat ini dengan enam kali.

Satu-satunya trofi yang Messi gagal menangi adalah trofi antarabangsa bersama dengan Argentina. Tetapi Musso tidak setuju andai itu menjadi ukuran untuk menentukan bahawa Messi adalah yang terbaik.

“Saya tidak setuju dengan pandangan itu. Leo tidak perlu memenangi apa-apa lagi untuk menunjukkan dia yang terbaik,” kata Musso.

Pencapaian terbaik Messi bersama pasukan kebangsaan Argentina adalah tempat kedua di Piala Dunia dan Copa America. Musso menegaskan bahawa memenangi kejohanan antarabangsa tidak semudah yang disangka.

“Dia layak memenangi kejuaraan besar tetapi bola sepak tidak berjalan seperti itu. Ada tiga final (dua Copa America dan final Piala Dunia) di mana dia bermain dengan sangat baik, dan pasukan juga, dan kita tidak berjaya menjuarainya.”

“Tetapi jelas dia selalu bermain dengan baik untuk pasukan kebangsaan. Untuk menang atau kalah di final, kita semua tahu bahawa perbezaannya hanya dibuat berdasarkan perinciannya.”

messi barca 1

Musso tanpa berselindung menganggap bahawa Messi adalah yang terbaik sepanjang zaman.

“Bagi saya, dia adalah yang terbaik sepanjang zaman. Jadi, saya tidak setuju dengan apa yang mereka katakan, bahawa dia harus memenangi kejohanan antarabangsa. Dia tidak perlu membuktikan apa-apa.”

Baca juga artikel

TERKINI: Kane Ingin Berpindah Ke Kelab Bermain UCL, Mahu Jadi Setaraf Messi Ronaldo

Kane Bersendirian Beri Tepukan Kepada Peminat, Mungkin Aksi Terakhirnya Di Stadium Tottenham

EPL: Liverpool Teratas, Nat Phillips Pamer Aksi Cemerlang