Lionel Messi menyatakan bahawa, tidak perlu banyak soal tentang Real Madrid musim ini, kerana mereka berhak menjadi juara.

Ini selepas ada beberapa media pro Barcelona mulai menulis tentang isu seperti VAR dan kontroversi lain yang membantu Real Madrid juara.

Barcelona gagal untuk menangguhkan kejuaraan Real Madrid selepas tewas di tangan Osasuna di Nou Camp.

Itu sudah cukup buat Madrid bergelar juara, jika mereka tak menang sekalipun berdepan Villareal.

Messi jelas kecewa kerana gagal membantu pasukannya untuk menjuarai Liga Sepanyol musim ini.

“Kami sudah cuba terbaik sepanjang musim ini. Namun musim ini juga musim yang tak konsisten.”

“Hari ini hari yang sukar untuk menewaskan penjaga gol mereka. Saya tak rasa kami patut kalah namun kami tahu apa yang bakal berlaku dalam perlwanan sukar seperti ini.”

“Tetap juga kami sabar dan terus mencuba mencari jalan untuk memenanginya.”

“Saya rasa Real Madrid melakukan tugas mereka dengan sebaiknya. Mereka bermain sangat baik sejak liga disambung semula.”

“Dah tentunya, kita berdepan banyak masalah kecederaan dan keciciran banyak mata yang kami tak seharusnya drop.”

“Kini kamu harus menjadi kritikal dengan diri sendiri sepanjang musim panas ini dan belajar balik daripada kesilapan yang kami lakukan.”

“Lihat kembali apa yang menjadi sebab kepada musim ini.”

“Ya sudah tentu sahaja, Real Madrid berhak menjuarainya.”

“Kita harus melihat kembali dekat deiri sendiri dan bekerja keras memperbaiki kesilapan kami berbanding dengan mencari salah pasukan lain.”

“Sukar bermain di sini untuk menentukan kejuaraan, jika kamu bermain dengan cara kami hari ini.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Roses Derby, Sejarah Panjang Permusuhan Man United Dan Leeds Bermula Daripada Perebutan Tahta Dua Kota

Real Madrid Rampas Kejuaraan La Liga

‘Saya Tinggalkan United Kerana De Gea Khianati Saya’