Lionel Messi telah berikrar untuk tidak pergi pada Januari akan datang. Dan mahu kekal sekurang kurangnya sehinga kontrak beliau tamat.

Ini bermakna, Messi tak mahu dijual pada Januari dan beliau boleh meniadi ejen bebas untuk perpindahan musim hadapan.

Kontrak semasa Lionel Messi akan tamat pada 30 Jun. Masuk Januari, bermakna kontraknya berbaki 6 bulan. Messi bebas berunding dengan mana mana kelab.

Messi sebelum ini meminta Barcelona melepaskannya pada perpindahan lalu. Tetapi presiden Barca pada masa itu, Bartomeu enggan melepaskan beliau dan menegaskan dirinya tidak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Messi.

Messi mengakui selepas dibelasah Bayern Munich 8-2, banyak perkara membuatkan fikirannya bercelaru.

Messi mahu keluar menggunakan klausa khas. Tetapi Barca menegaskan klausa itu cuma terpakai pada Jun. Walaupun musim lalu ditamatkan selepas Jun.

Keputusan pemilihan presiden baru kelab pada Januari akan mempengaruhi sama ada Messi mahu terus kekal bersama Barca dengan menandatangani kontrak baharu.

Fussball Champions League/ Viertelfinale/ FC Barcelona, Barca – FC Bayern Muenchen Lionel MESSI r. (Barca) mit Alphonso

Namun ketika ini sudah ada dua kelab yang dikaitkan dengan Messi iaitu PSG dan Man City.

Bercakap keapda La Sexta, Messi berkata: “Tak, jauh di fikiran saya memikirkan untuk pergi. Itu akan bertentangan dengan segalanya.”

“Perancangan saya adalah untuk memberikan yang terbaik yang saya termampu untuk kelab pada ketika ini.”

“Segala keputusan tak akan ditentukan sebelum musim ini berakhir. Saya sekarang hanya memikirkan soal menamatkan musim ini dan menang trofi.”

“Saya tahu masih ramai orang di Barca yang menyayangi saya. Namu saya akan melakukan yang terbaik untuk kelab dan diri saya sendiri. Selain itu, saya mahu tinggal di Barcelona, selepas saya bersara nanti.”

“Saya tidak tahu sama ada saya akan pergi, tetapi jika benar, saya mahu pergi dengan cara terbaik dan dapat kembali ke kelab pada masa akan datang. Barcelona jauh lebih besar daripada pemain mana pun.”

“Ini kisah cinta saya dari usia yang sangat muda dengan kelab dan bandar. Bagaimanapun, semua yang dinikmati karier saya tidak boleh dicemari oleh kisah ini.”

Ditanya, sama ada beliau memikirkan untuk ke City atau PSG.

Messi menegaskan, selain daripada Barca, beliau sudah lama memikirkan untuk tinggal di Amerika Syarikat.

“Saya selalu mempunyai impian untuk tinggal di Amerika Syarikat, menjalani pengalaman ini,” katanya.

“Hari ini saya fokus pada enam bulan terakhir ini, untuk memperjuangkan apa sahaja yang saya boleh dan tidak memikirkan bagaimana tahun ini akan berakhir.”

“Ini kerana tidak baik bagi saya untuk mengatakan apa yang akan saya lakukan. Saya juga tidak tahu.”

Sumber: BeIn

Baca juga perkembangan lain

West Brom Memang Berhak

Lampard Kutuk Aksi Malas Pemain Chelsea Dan Minta Mereka Turut Bertanggungjawab

Boxing Day: Gol Lewat Vardy Buat United Kempunan 3 Mata