Barcelona sekali lagi tersadung sekali lagi dalam aksi liga. Mereka kali ini diikat dua sama oleh Atletico dalam aksi yang menampilkan 1 jaringan sendiri dan 3 jaringan penalti dihasilkan.

Barcelona kini dalam krisis. Mereka sebelum ini keciciran mata dan dilihat ada isu di antara pemain dengan pembantu jurulatih.

Setelah meraikan gol kariernya yang ke-700 dengan rakan sepasukannya di Barcelona, ​​Lionel Messi berpaling ke arah kamera di sebelah kiri gawang Atletico Madrid, dan memetik jarinya.

Ia menggambarkan bahawa gol itu adalah gol kemenangan. Namun ternyata Messi silap. Ini apabila Atletico Madrid mendapat satu lagi sepakan penalti dan ianya sekali lagi disudahkan Saul Niguez.

Barcelona terlebih dahulu di hadapan selepas gol sendiri oleh Diego Costa.

Malam Diego Costa terus malang apabila dia gagal menyempurnakan penalti. Pengadil mengarahkan ia diambil semula kerana Ter Stegen keluar dari garisannya terlalu awal.

Saul Niguez tidak melakukan kesilapan untuk menyamakan kedudukan.

Barca di hadapan sekali lagi menerusi panenka oleh Lionel Messi. Itu adalah gol ke-700 pemain dari Argentina tersebut.

Satu penyudah yang sangat tenang. Menjadikan ia juga gol ke-630 beliau untuk Barcelona.

Perlawanan berakhir seri dua sama. Ini kali kedua, Barcelona mendahului dua kali namun diikat sebanyak dua kali oleh lawan mereka.

Dengan keputusan ini Barcelona ada masalah yang lagi besar.

Di mana, jika Real Madrid menang dalam aksi mereka yang seterusnya, Los Blancos berpeluang menjarakkan diri 4 mata dari Barca.

 

Baca juga perkembangan lain

EPL Rasmi Guna Bola Nike Flight Ini Musim Depan

Inter Masih Gagal Capai Kesepakatan Dengan United

Roy Keane Tak Yakin Man United Akan Mampu Mencabar Kejuaraan Musim Depan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group