Lionel Messi sebelum ini telah menghantar permohonan rasmi menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan Barcelona.

Pemain itu kini dikaitkan dengan Manchester City. Kelab yang memiliki asas kewangan yang kukuh untuk menampung pakej kontrak lumayan pada Messi.

Semalam Inter Milan, sudah menyatakan bahawa mereka tidak ada dalam persaingan mendapatkan Messi. Dan ia berita yang tak masuk akal.

Bintang Argentina itu mengejutkan dunia dengan hasratnya untuk meninggalkan Barca. Ianya kerana Messi dikatakan bosan dengan kegagalan Barca dalam Liga Juara-Juara Eropah dan tidak sabar untuk bekerjasama sekali lagi bersama Pep Guardiola.

Namun untuk menandatangani Messi tidaklah mudah, dengan pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai satu tahun lagi pada kontraknya ketika ini di Barcelona dengan klausa pelepasan €700 juta.

Harapan City adalah bahawa kem Messi berjaya mengaktifkan klausa perjanjian yang akan membolehkan Mesi meninggalkan Camp Nou secara percuma.

Ayah Lionel Messi dijangka akan berbincang dengan Josep Maria Bartomeu pada hari ini bersama dengan pasukan guamannya.

https://twitter.com/RealNaranjito/status/1300913629915684868

Ayah Messi masih percaya bahawa Messi berhak untuk menebus kontraknya secara percuma walaupun sudah lebih daripada bulan Jun.

Ini kerana persaingan bola sepak di Sepanyol dan Liga Juara Juara Eropah yang berlanjutan sehingga Ogos.

Seperti yang dilaporkan oleh Duncan Castles dari Daily Record, pemilik City dan Messi telah bersetuju dengan syarat untuk perjanjian lima tahun bernilai €700 juta (£623 juta) – jumlah yang sama dengan klausa pelepasannya.

Tawaran itu akan menyaksikan Messi bermain tiga tahun di Liga Perdana Inggeris dengan Man City dan dua tahun lagi dengan New York City FC – yang juga dimiliki oleh City Football Group (CFG).

Sumber yang sama juga melaporkan bahawa Messi akan ditawarkan saham ekuiti dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej pampasannya.

Ini adalah tawaran kontrak yang akan mengukuhkan status pemenang Ballon d’Or enam kali sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia dan menerima gaji sangat lumayang sepanjang baki kariernya.

Messi terdesak untuk bekerja di bawah Guardiola lagi, kerana Guardiola pernah mengeluarkan bola sepak yang terbaik darinya, dan dia ingin mengulanginya.

default (1)

Walaubagaimanapun, perjanjian itu hanya bergantung pada sama ada Barca akan bersetuju untuk membiarkan aset berharga mereka meninggalkan kelab secara percuma pada musim panas ini.

Menurut sumber Barcelona, ​​presiden Josep Maria Bartomeu “tidak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Messi”.

skysports-lionel-messi_5070050

Namun pada masa yang sama, adakah Barcelona sanggup mengekalkan pemain yang tidak gembira?

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Braithwaite Mahu Jersi No.10 Jika Messi Pergi

Penyerang Antarabangsa Poland, Lewandowski Mahu Klaim Ballon d’Or Musim Ini

Barcelona Mahu Sadio Mane Ganti Messi Jika Pemain Itu Pergi