Lionel Messi berikrar akan membina sesuatu yang istimewa di PSG sebaik sahaja rasmi menandatangani kontrak 2 tahun bersama kelab Paris itu.

Messi yang sebelum ini penuh emosi mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona, kini sudah bersedia untuk memulakan lembaran baharu dalam kariernya di PSG,

Messi berkata: “Saya teruja untuk memulakan lembaran baharu dalam karier saya bersama PSG. Kelab dan visinya adalah harmoni yang sempurna dengan cita cita saya.”

“Saya tahu betapa berbakatnya skuad ini serta staf kejurulatihan di sini. Saya bertekad untuk membina sesuatu yang istimewa untuk kelab ini dan penyokongnya.”

“Dan saya sudah tak sabar untuk menjejakkan kaki beraksi di Parc des Princes.”

Messi akan memakai jersi nombor 30. Akan menerima gaji brsih selepas cukai bernilai €35 juta termasuk bonus.

Sebelum Messi diperkenalkan secara rasmi, Tweet PSG melabel Messi sebagai permata baharu di Paris. Neymar turut memuat naik status di Instagram dengan kapsyen: “Kenbali bersama.”

Ayahnya yang juga peguam serta ejen kepada Messi, Jorge, telah berunding dengan PSG sejak Khamis. Ini selepas Messi gagal mendapatkan kontrak dengan Barcelona kerana dihalang oleh FFP.

Messi sebelum itu setuju dengan kontrak 5 tahun dengan Barca. Namun ianya secara verbal, kerana ketika itu Messi berada di kem Argentina untuk kempen Copa America.

Messi setuju dengan pengurangan gaji 50% seperti diminta oleh Barca. Malangnya itu masih belum cukup untuk Barca mendaftarkan Messi sebagai pemain mereka.

Messi akan menambahkan lagi kekuatan PSG di barisan serangan yang sudah mmiliki nama nama seperti Neymar, Kylian Mbappe, Angel Di Maria serta Mauro Icardi.

CEO Paris Saint Germain, Nasser Al Khelaifi sangat gembira Messi memilih PSG dan berasa bangga dapat bekerjasama dengan pemain terbaik dunia itu.

“Saya teruja Messi memilih untuk menyertai Paris Sant Germain dan kami dengan bangganya mengalu alukan kedatangannya dia sekeluarga ke Paris.”

“Dia tidak berselindung tentang hasratnya untuk terus bertanding di peringkat teertinggi dan memenangi trofi, dan secara semulajadinya, cita cita kami sebagai sebuah kelab adalah sama.”

“Dengan penambahan Leo ke dalam skuad berkelas dunia kami, kami akan meneruskan kejayaan dalam jendela perpindahan dengan cara sangat strategik diketuai oleh jurulatih dan staf beliau yang luar biasa.”

“Saya sudah tak sabar untuk pasukan ini mencipta sejarah bersama sama untuk peminat kami di seluruh dunia.”

Musim lalu, PSG menamatkan saingan liga di tangga kedua di belakang Lille. Seterusnya disingkirkan oleh Manchester City dari saingan UCL di peringkat separuh akhir.

UCL masih keutamaan PSG ketika ini dengan projek mega mereka sejak pengambilalihan pemilikan Qatar.

Seorang lagi pemain baru PSG, Donnarumma gembira dapat bergandingan dengan Messi yang beliau anggap sebagai pemain terbaik di dunia.

Baca juga artikel

TERKINI: Messi Setuju Sertai PSG, Gaji RM2.86 Juta Seminggu

Tanpa Berselindung, Bayern Akui Berminat Dengan Haaland

Grealish: “Saya Pun Menangis Seperti Messi”