Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Lionel Messi memberikan salam perpisahan penuh emosi kepada kelab yang beliau sayangi dan anggap seperti rumahnya sendiri.

Dalam sidang media khas, Lionel Messi menjelaskan beberapa perkara tentang situasi kontraknya.

Messi menyatakan beliau sangat sedih dan sugul ketika menerima perkhabaran tersebut di rumahnya. Kerana beliau sudah bersiap sedia menandatangani kontrak baharu seperti dijanjikan.

Namun niat beliau dihalang oleh peraturan ketat FFP dikeluarkan La Liga. Dan segalanya menjadi mustahil. Messi menerima hakikat bahawa Laporta membuat keputusan demi kepentingan kelab.

“Beberapa hari ini, saya memikirkan apa yang harus saya katakan hari ini. Hakikatnya, saya tak mampu memikirkan apa apa. Ini realiti yang pahit untuk saya selepas bertahu

n tahun saya di sini sepanjang hidup saya. Saya tak sedia untuk realiti seperti ini.”

“Tahun lalu saya berdepan dengan burofax [isu cukai], kelab meyakinkan saya untuk terus kekal. Namun kali ini situasinya berbeza. Keluarga saya mahukan saya terus kekal di rumah saya di sini, itu adalah harapan kami melebihi segalanya.”

“Kami semua memikirkan bahawa kami akan terus kekal di Barcelona. Kami melalui masa masa yang hebat di sini. Dan, hari ini, saya harus mengucapkan selamat tinggal untuk semua ini.”

“Saya sudah berada di sini sepanjang hidup saya sejak berusia 13 tahun. Selepas 20 tahun di sini, saya pergi meninggalkan kelab ini bersama anak dan 3 orang anak saya.”

Messi mengingatkan peminat Barca bahawa mereka juga harus menerima bahawa tiada pemain lebih besar daripada kelab. Termasuk beliau sendiri.

“Macam Laporta katakan, kelab ini lebih besar daripada sesiapa sahaja. Semua orang harus menerima hakikat itu. Kelab kita ada pemain pemain yang bagus.”

Messi menepis dakwaan bahawa beliau cuma mahu dipotong 30% gaji. Sebaliknya Messi menyatakan bahawa beliau menawarkan pemotongan gaji 50% kepada kelab dan selebihnya Barcelona tidak meminta apa apa lagi daripadanya selepas itu.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kelab ini dalam situasi hutang sangat banyak. Ianya mustahil. Dan saya pada masa yang sama harus memikirkan soal karier saya.”

“Saya sudah menawarkan bayaran gaji dikurangkan 50%. Mereka tidak meminta apa apa lagi selain itu. Banyak perkara yang orang cakap di luar sana adalah tak betul. Saya sudah melakukan segalanya yang saya mampu untuk terus kekal.”

Messi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Barcelona yang sentiasa menyokongnya. Walaupun sedih berpisah dengan cara ini – bukannya di hadapan penyokong di Nou Camp. Namun Messi akur buat masa ini, inilah majlis perpisahan terbaik boleh dibuat.

“Saya sangat berterima kasih dengan segalanya, untuk semua rakan sepasukan, bekas rakan sepasukan dan semua yang sentiasa menyokong saya. Sangat ramai untuk saya sebutkan.”

“Inilah rumah saya, melalui banyak sekali pengalaman di kelab ini. Sangat banyak detik indah berlaku. Dan juga ada beberapa detik sukar. Semua ini membantu saya membesar menjadi insan yang saya ada pada hari ini.”

“Saya belum mengucapkan selamat tinggal kepada semua mereka di sini, kerana saya masih belum terfikir akannya, dan saya tak pernah membayangkannya.”

“Saya meninggalkan kelab ini tanpa berjumpa dengan para penyokong sudah hampir setahun setengah. Saya dapat bayangkan saya mahu mengucapkan selamat tinggal di Camp Nou dengan membayangkan stadium itu penuh dengan penyokong. Namun buat masa ini, beginilah caranya.”

Messi dikaitkan dengan perpindahan ke PSG, beliau mengesahkan bahawa PSG salah satu destinasi kemungkinan beliau. Namun belum ada apa apa yang rasmi dimterai.

“Saya masih tidak mengesahkan apa apa perjanjian dengan mana mana pihak. Namun itu salah satu kemungkinannya. Ketika berita itu keluar, saya menerima banyak panggilan. Namun masih belum ada apa pun yang dimeterai lagi.”

Baca juga artikel

Laporta: Leo Sedih Dan Mahu Kekal, Namun Itu Akan Membuatkan Kelab Menanggung Risiko 50 Tahun

Statistik Dan Pencapaian Luar Biasa Dicatatkan Lionel Messi Untuk Akhiri Penantian Panjang

Barcelona Sahkan Perpisahan Dengan Lionel Messi

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group