Bintang bola sepak ternama dunia, Lionel Messi menegaskan bahawa beliau sakit hati mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Barcelona, Joan Laporta mengenainya sebelum berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Hal ini kerana Laporta yang kembali menjadi Presiden The Blaugrana pada bulan Mac lalu mengatakan bahawa Messi sanggup beraksi bersama kelab tersebut secara percuma.

Messi yang amat kecewa dengan berita tersebut tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan Laporta pada Oktober lalu dan beliau turut menceritakan perkara sebenar.

“Perkara yang sebenar-benarnya seperti yang saya jelaskan ketika ingin meninggalkan pasukan, saya melakukan segala yang termampu untuk terus kekal.”

“Tidak pernah sekali pun saya meminta untuk bermain secara percuma,” ujar Lionel Messi menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

“Saya diminta untuk memotong gaji saya sehingga 50 peratus dan saya melakukannya tanpa sebarang masalah. Kami berada di posisi yang mana akan banyak membantu Barcelona.”

“Keinginan saya dan keluarga adalah untuk terus kekal tinggal di Barcelona.”

“Tiada siapa meminta saya untuk bermain secara percuma tetapi pada masa yang sama, pada pendapat saya, kata-kata presiden itu tidak sesuai pada tempatnya.”

“Mereka menyakitkan hati saya kerana saya berfikir mereka tidak perlu untuk bercakap sedemikian. Ini membuatkan orang lain berpendapat atau menimbulkan keraguan yang saya rasakan saya tidak berhak untuk menerimanya,” tambah Messi lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Jurgen Klopp: Saya Masih Merindui Kelibat Adam Lallana

Antonio Conte Jadi Buruan Tottenham Hotspur

Indonesia Berkampung Di Turki Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020

 

 

Sumber