Semalam Lionel Messi mengejutkan seluruh dunia apabila dilaporkan meminta untuk dilepaskan secara percuma oleh Barcelona.

Messi mengaktifkan satu klausa khas pada kontraknya yang membolehkannya pergi secara percuma pada akhir musim selepas beliau berusia 32 tahun.

Klausa itu sudah boleh digunakan bermulam musim lalu. Namun Messi tidak menunjukkan ada tanda tanda beliau mahu pergi.

Tetapi kali ini Messi serius mahu pergi. Dan salah satu pasukan yang dikaitkan dengan beliau adalah Manchester City.

Messi pertimbangkan sertai City

Radio Catalunya melaporkan bahawa, Lionel Messi ada bercakap menerusi telefon dengan Pep Guardiola beberapa hari lalu.

Dan Messi dilaporkan berminat dengan projek rombakan £300 juta di Man City.

Pep Guardiola diberikan dana sekitar €300 juta untuk dibelanjakan selepas Man City dibersihkan daripada salah laku FFP.

Lionel Messi dan Pep Guardiola seperti yang kita semua sedia maklum, pernah bekerjasama di Barcelona.

Pep Guardiola adalah pengurus yang menaikkan nama Messi dengan mendadak pada satu ketika dahulu.

Pep Guardiola tidak risau kehilangan pemain seperti Ronaldinho atas alasan mahu memberikan Messi lebih minit perlawanan.

Seterusnya, Sheikh Mansour memang peminat Lionel Messi. Di mana beliau sendiri pernah beberapa kali menyatakan hasratnya mahu mendapatkan Messi.

Lembaga Pengarah Barcelona dilaporkan masih berkeras bahawa mereka mahu meminta klausa pelepasan €700 juta yang ada pada kontrak Messi.

Dan menyatakan bahawa klausa pergi percuma itu hanya boleh diaktifkan pada Jun sahaja.

Namun Marca menyatakan tempoh itu seharusnya dipanjangkan selaras dengan musim liga yang dipanjangkan kerana koronavirus.

Baca perkembangan lain

Messi Mahu Aktifkan Klausa Perpindahan Percuma Untuk Tinggalkan Barcelona

Statistik Ini Membuktikan Lewandowski Selayaknya Mendapat Ballon d’Or

Ronaldinho Akhirnya Dibebaskan Dari Paraguay Selepas 5 Bulan