Lionel Messi masih mencari piala major yang pertama dalam karier antarabangsanya. Namun setakat ini, pemenang enam Ballon d’Or itu masih hampa.

Kini Messi berpeluang sekali lagi untuk mencapai cita citanya itu.

Lionel Messi telah memenangi segalanya dengan Barcelona. Oleh itu beliau sangat teringi memberikan sesuatu kepada negaranya selaku pemain yang dianggap antara yang terbaik pernah ada di dunia.

Messi yang berusia 33 tahun mungkin memiliki salah satu peluang terakhirnya di Copa America.

Kempen Copa America melibatkan Argentina akan bermula pada hari Isnin menentang Chile di stadium Nilton Santos di Rio de Janeiro.

Messi berkata: “Saya sentiasa ada untuk pasukan kebangsaan saya. Impian terbesar saya adalah memenangi gelaran dengan jersi ini.”

“Saya sangat hampir memenanginya berkali-kali. Namun ianya tidak berlaku, tapi saya akan terus mencuba. Saya akan sentiasa memperjuangkan impian ini. ”

Messi menambah, sebahagian besar para pemain di dalam pasukan Argentina telah bermain bersama. Dan mereka sudah serasi bersama.

“Itulah sebabnya sudah tiba masanya kita memenangi Copa ini. Kami tahu ia akan menjadi yang istimewa, serta nilainya berbeza kerana semua yang sedang dilalui dunia ketika ini.”

Messi juga mengatakan dia menyetujui Rodrigo de Paul sebagai rakan sepasukan yang memberikannya bantuan dalam membuat serangan.

“Sedikit demi sedikit kami saling mengenali corak permainan masing masing, dan saya berasa selesa bermain dengannya,” kata Messi.

Selama 15 tahun bermain untuk Argentina, Messi kalah di final Piala Dunia 2014, ditambah dua kekalahan final edisi Copa America pada tahun 2015 dan 2016.

Argentina tidak pernah memenangi kejohanan besar sejak kejuaraan Amerika Selatan pada 1993.

Messi turut sedar bahawa keadaan yang sukar di Brazil pada ketika ini, kerana ancaman wabak.

“Ini adalah risiko bagi kita semua,” kata Messi.

“Kami bimbang, kami cuba menjaga keselamatan, melakukan semua yang kami telah diberitahu.”

“Kami akan bermain dengan pasukan lain, ada juga risiko penularan. Kami akan melakukan semua yang kami mampu agar perkara itu tidak terjadi.”a

Argentina berada dalam kumpulan A bersama Chile, Bolivia, Paraguay dan Uruguay. Empat pasukan terbaik dalam setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati. Final akan berlangsung pada 10 Julai di stadium Maracanã yang bersejarah.

Baca juga artikel

Mbappe Akui Terasa Hati Dengan Kenyataan Giroud

CEO Inter Tembak Puak Antivaksin Tuduh Eriksen Alami Serangan Jantung Kerana COVID Dan Vaksin

Luka Modric: “Media Dan Orang Inggeris Angkuh”