Berita mengejutkan datang dari salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi.

Pemain yang berjaya merangkul enam trofi Ballon d’Or dilaporkan sudah memberitahu kelabnya bahawa dia mahu meninggalkan Barca dalam perpindahan kali ini.

Masa depan Messi di Camp Nou mulai menjadi topik sejak beberapa bulan lalu lagi.

Ketika itu Messi bertelagah secara terbuka dengan pengurusan tertinggi. Selepas Eric Abidal yang ketika itu masih menjadi Pengarah Sukan, telah menuduh ada beberapa pemain senior menghasut pengurusan untuk memecat Ernesto Valverde.

Kenyataan itu nyata tidak disenangi Messi yang meminta Abidal menamakan terus pemain pemain senior yang dimaksudkan.

messi barca

Ini kerana menurut Messi, sebagai kapten beliau bertanggungjawab ke atas tuduhan tersebut. Dan kenyataan itu juga boleh menimbulkan syak wasangka kepada Messi sebagai dalangnya.

Seterusnya, pada ketika liga disambung semula Messi tidak berpuas hati dengan pembantu Quique Setien iaitu Eder Sarabia yang suka menggunakan kata kata kesat ke atas pemain.

Messi boleh menerima Setien yang menggunakan bahasa keras tetapi bukan Sarabia. Messi juga dikatakan tidak berpuas hati dengan Sarabia yang dianggapnya bukan jurulatih yang baik tetapi lagak sahaja yang lebih.

Messi ada klausa khas yang membenarkannya pergi secara percuma pada akhir musim selepas beliau berusia 32 tahun.

Klausa itu hanya boleh diaktifkan oleh Lionel Messi sejak musim lalu lagi.

Dan pada musim panas 2019, Messi memutuskan untuk tidak mengaktifkannya dan memilih untuk keklal di Barcelona.

Namun klausa itu masih aktif pada akhir musim ini dan sepatutnya digunakan pada Jun.

Bulan ini dah Ogos. Namun Marca ada kemungkinan Messi boleh menggunakan klausa itu kerana musim sudah berakhir.

Selain itu Messi sudah setuju untuk bermain sehingga Ogos. Dan itu antara pertimbangan yang akan digunakan Messi untuk menebus klausa tersebut.

Amat mustahil untuk Messi pergi pada bulan Jun yang lalu. Dan mustahil untuk Barca melepaskan beliau pada bulan tersebut.

Kalendar bola sepak berubah musim ini kerana covid-19.

Marca melaporkan Messi sudah menghantar faks yang menyatakan bahawa beliau mahu meninggalkan Barcelona dengan mengaktifkan klausa tersebut.

Dengan cara itu, Messi boleh berpindah ke kelab lain secara percuma. Barcelona terus mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan dengan situasi Lionel Messi.

RAC1 melaporkan bahawa Messi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Koeman.

Koeman sudah menyatakan beliau mahu menjadikan Messi tunjang kepada projeknya. Namun Messi pula dilaporkan lebih memilih untuk keluar pada kali ini.

Setakat ini, hanya dua kelab yang dilaporkan dapat menampung pemain Argentina itu. Mereka adalah kelab yang keduanya mendapat status naib juara di liga masing-masing, Manchester City dan Inter Milan.

Beberapa hari lalu, Josep Maria Bartomeu memperlekehkan dakwaan bahawa Messi mahu pergi.

Menurut Bartomeu, Messi tak akan ke mana mana dan dia akan menamatkan kariernya di Barcelona.

Bartomeu juga meminta mana mana pasukan untuk membayar £631 juta pada klausa pelepasan Messi jika mahukan pemain itu.

Namun kini Messi menggunakan klausa yang satu lagi untuk pergi.

Baca juga perkembangan lain

Bartomeu: Messi Tak Akan Ke Mana Mana, Lautaro Martinez & Neymar Tak Akan Datang

Kecewa Dengan Kepimpinan Bartomeu, 6 ‘Board’ Letak Jawatan

Belum Pun Mulakan Tugas, Sudah Ada Manifesto Mahu Tukar Koeman Dengan Klopp