Lionel Messi kini menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk pemain Amerika Selatan.

Messi mencipta detik bersejarah itu selepas meledak hatrik ke atas Bolivia. Sekaligus mengatasi bintang legenda Brazil, Pele dalam senarai penjaring terbanyak Conmebol.

Pele sebelum ini merekodkan 77 gol bersama dengan Brazil. Messi pula dilihat hanya bila bila masa sahaja mengatasi beliau.

Messi kemudian menyamai rekod Pele dan memecahkannya hanya dalam satu perlawanan yang sama. Di mana Messi kini sudah menjaringkan 79 gol daripada 152 penampilan.

11 gol di atas Neymar dan 16 gol di atas Suarez. Kedua dua pemain tersebut gandingan Messi di Barcelona dalam trio MSM.

Dalam aksi berdepan Bolivia, pada kelayakan Piala Dunia, Argentina menang 3-0. Kesemua gol Argentina dijaringkan oleh Messi menerusi hatriknya.

Tahun 2021 nampaknya tahun yang indah buat Messi di peringkat antarabangsa walaupun di peringkat kelab beliau terpaksa meninggalkan Barcelona yang beliau sayangi.

Beberapa bulan lalu, Messi menamatkan penantian negaranya dan dia sendiri secara peribadi, dengan menjulang Copa America.

https://twitter.com/MirpuriOfficial/status/1436154819627167747

Lionel Messi merupakan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dalam bola sepak. Beliau memenangi 6 Ballon d’Or menjadikan beliau sebagai pemenang Ballon d’Or terbanyak dalam sejarah setakat ini.

Beliau meninggalkan legasi luar biasa sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Barcelona. Dan selepas ini, setiap gol beliau untuk Argentina adalah rekod baru untuk negaranya dan juga konfederasi Conembol.

Messi yang berusia 34 tahun, masih tidak ada tanda tanda beliau sudah kehilangan sentuhannya.

Fokus Messi seterusnya pastinya cuba membantu PSG menamatkan penantian UCL pertama kelab mereka.

Messi bergandingan dengan Neymar dan Mbappe di PSG pada musim ini. Dan sudah dicanang sebagai trio serangan paling digeruni di Eropah.

Baca juga artikel

Maaf Fernandes, Ronaldo Kini Pelaksana Utama Penalti Dan Sepakan Percuma

CBF Mahu FIFA Larang Kelab England Pakai Pemain Brazil Yang Ingkar Panggilan Kebangsaan

Spurs Denda 3 Pemain Yang Ingkar Dan Balik Ke Amerika Selatan