Lionel Messi berkongsi pendapatnya mengenai pengadil dari Brazil di Instagram miliknya. Di mana kapten Argentina jelas sekali tidak gembira dengan prestasi pengadil perlawanan.

Argentina menang 1-0 ke atas Peru dalam aksi kelayakan Piala Dunia. Tetapi Messi merasakan bahawa kemenangan itu sangat sukar kerana pengadil perlawanan tidak mengadili perlawanan seadilnya.

Messi tidak berpuas hati pengadil perlawanan, Wilton Pereirat yang tidak menghadiahkan sepakan penalti setelah Lautaro Martinez dijatuhkan pada separuh masa pertama.

Seterusnya Messi juga merasakan bahawa beberapa lagi insiden tidak memihak kepada mereka di mana pengadil hanya tutup mata.

Menerusi Instagramnya, Messi berkata: “Perlawanan sukar, sangat sukar untuk dimainkan. Banyak angin, mereka bermain sangat ke bawah [bekampung di kawasan sendiri], meninggalkan sedikit ruang untuk kami.”

“Pengadil selalu begini ketika dia mengadili perlawanan kami, seolah-olah dia melakukannya dengan sengaja.”

“Tetapi, 3 mata penting dan kami hampir mencapai objektif kami.”

Argentina kini menikmati 25 perlawanan tanpa kalah di bawah kendalian Lionel Scaloni. Menjadikan beliau hanya jurulatih kedua dalam sejarah Argentina melakukannya selepas Alfio Basile.