Eterno ataupun kekal abadi selamanya, itulah antara kata kata Messi tentang Diego Maradona.

1718507623

Lionel Messi mengucapkan kata kata penghormatan kepada legenda Argentina, Diego Maradona yang meninggal dunia kerana masalah jantung.

Maradona meninggal dunia pada usianya 60 tahun dan telah meninggalkan legasi yang sukar digugat.

Maradona seringkali dibincangkan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dan dibandingkan dengan Pele.

Maradona bukan bermain dalam pasukan Brazil yang serba bintang, untuk memenangi Piala Dunia.

Dia bersama dengan pasukan Argentina yang ketika itu hanya berstatus dark horse dan menggunakan magisnya dengan apa jua cara, sehingga dia digelar bad genius.

Maradona merobek gawang England di separuh akhir Piala Dunia 1986 dengan dua cara berbeza.

Pertamanya dengan sentuhan tangan yang dia ibaratkan sebagai ‘hand of god’. Dan yang kedua dengan tipikal genius Maradona menggelecek hampir separuh pasukan England termasuk Peter Shilton.

Gol yang diiktiraf sebagai gol tercantik seabad terbaik oleh FIFA.

Di peringkat kelab, Maradona menjulang pasukan seperti Napoli untuk memecahkan dominasi pasukan elit seperti Juventus, AC Milan dan Inter Milan. Di mana dengan kaki kirinya, Maradona mengubah sejarah Napoli selamanya dengan dua kejuaran Serie A, 1 Copa Italia dan 1 Liga Europa.

MARADONAENGLAND1986KB

Lionel Messi memiliki 6 ballon d’or. Dan pada awal kariernya dikaitkan dengan jelmaan Maradona. Namun Messi mencipta legasi dia sendiri bersama dengan Barcelona.

Namun penyerang Barcelona itu menganggap Maradona tak akan pernah digantikan sesiapa sahaja termasuk dirinya.

https://twitter.com/i/status/1331689125037158401

Messi berkata: “Hari yang sangat menyedihkan bagi semua pemain Argentina dan bola sepak. Dia meninggalkan kita tetapi tidak pergi, kerana Diego kekal abadi.”

“Saya akan simpan semua momen indah yang tinggal bersamanya dan saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga dan rakannya. RIP.”

Messi dengan rendah hati menyatakan: “Walaupun saya bermain berjuta-juta tahun, saya tak akan pernah mampu menghampiri [kehebatan] Maradona. Dia adalah yang terbaik daripada semua yang pernah ada,” tegas Messi.

Baca juga perkembangan lain

Napoli Mahu Tukar Nama Stadium Sempena Nama Diego Maradona

TERKINI: Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Evra Tak Akan Panggil Liverpool Pasukan Hebat Selagi Lagi Tak Ulangi Pencapaian Manchester United