Lionel Messi memuat naik mesej perpisahan dengan rakan baiknya Luis Suarez di instagram miliknya.

Dan Lionel Messi dengan terbuka mengkritik Barcelona dalam mengendalikan pemergian pemain yang dianggap legenda kelab.

“Saya telah berusaha untuk memahami betapa sukarnya untuk tidak dapat berkongsi hari-hari dengan kamu lagi di dalam dan di luar padang.”

“Tetapi ketika saya memasuki bilik persalinan hari ini, rasanya sama sekali berbeza.”

“Kami akan sangat merindui kamu, setelah bertahun-tahun bersama, meluangkan banyak masa makan tengah hari dan makan malam bersama.”

“Ada banyak perkara yang tidak akan aku lupakan dari hari hari kita bersama.”

“Adalah pelik melihat kamu memakai jersi kelab lain, dan akan menjadi lebih aneh apabila saya terpaksa berhadapan dengan kamu.”

“Kamu berhak meninggalkan kelab ini dengan cara lebih baik [selayaknya seorang legenda], kerana kamu adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah kelab, mencapai banyak pencapaian baik baik sebagai kumpulan atau sebagai individu, dan bukannya ditendang seperti ini.”

“Tetapi apa yang berlaku telah berlaku, dan itu tidak mengejutkan saya. Saya doakan yang terbaik dalam cabaran baru anda. Saya sangat sayangkan kamu, dan saya harap kita akan jumpa lagi dalam masa terdekat kawan.”

Sebelum ini Lionel Messi pernah menghantar surat minta dilepaskan. Salah satu daripada sebabnya adalah kerana Messi dikatakan kecewa dengan cara kelab melayan Luis Suarez.

Ronald Koeman dengan selamba memberitahu Suarez tidak ada dalam perancangan hanya dengan panggilan telefon.

Mesej Messi ini pastinya akan membuatkan pengurusan Barcelona tidak senang duduk.

Messi nampaknya sudah tidak kisah pasal apa apa lagi dan dengan terbuka mengutuk kelabnya yang memperlakukan sahabat dan legenda kelab.

Suarez disahkan menyertai Atletico Madrid. Dan mengikut jadual, Messi dan Suarez berpotensi bertemu sebagai lawan pada hujung November akan datang.

Baca juga perkembangan lain

Ibrahimovic: “Berani Betul Covid Ni Mencabar Aku”

Piala Super Eropah: Bayern Berhempas Pulas Tewaskan Sevilla

RASMI: Mendy Memang Sudah Berimpian Bermain Untuk Chelsea Dan Lampard