Lionel Messi membuka mulut terhadap tuduhan dari bekas penasihat Antoine Griezmann, Eric Olhats keatasnya.

Olhats bercakap kepada France Football bahawa Messi telah menjadi sebab kenapa Griezmann sukar di Barcelona.

Messi baru saja pulang dari tugas antarabangsa dengan Argentina,dan wartawan meminta komen beliau terhadap tuduhan Olhast. Messi mengakui bahawa dia bosan dengan perkara seperti itu.

“Ssebenarnya saya agak letih, selalu menjadi ‘masalah’ apa sahaja di kelab ini.”

Barcelona membawa Griezmann dari Atletico pada bulan Julai 2019 dengan harga €120 juta. Malang sekali hingga ke hari ini Griezmann masih tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan.

Apabila anda dibeli dengan harga sebegitu, pastinya kelab mengharapkan prestasi luar biasa.

Griezmann baru menjaringkan 11 gol dan 5 assist dalam 42 penampilan di La Liga.

Secara purata, pemain Perancis itu menjaringkan 1 gol setiap 273 minit – jauh dari rekod terbaiknya di Atletico – di mana dalam 5 musim bersama Atletico Madrid, Griezmann berjaya mencatat purata 1 gol setiap 152 minit.

Olhats menuduh prestasi tidak cukup memberangsangkan Griezmann tidak dapat dipisahkan dari pengaruh Messi.

Menurutnya, Messi sebenarnya tidak senang dengan kehadiran Griezmann di Barcelona. Sikap dingin Messi juga dapat dilihat pada awal kedatangan Griezmann di Camp Nou dan mempengaruhi dia ke padang.

“Lionel Messi adalah maharaja seperti raja dan dia tidak menerima kemasukan Antoine. Sikapnya sangat menyedihkan.”

“Saya sentiasa tidak menyukainya ketika saya mendengar Griezmann mengatakan tidak ada masalah dengan Messi, tetapi bukan sebaliknya. Ini adalah rejim keganasan, anda bersamanya atau anda lawan anda.”

“Musim lalu, ketika Griezmann tiba, Messi tidak bercakap dengannya dan tidak memberikan bola kepadanya. Saya rasa dia menderita dengan penyesuaian negatif,” jelas Olhats.

Baca juga perkembangan lain

Low: Entah Apa Benda Kami Lakukan Atas Padang Tadi

Ketakutan Henry Tentang Gol Aubameyang Benar Benar Menghantui Arsenal Kini

Deadpool Secara Rasminya Menjadi Pemilik Wrexham AFC