Lionel Messi mengeluarkan £175,000 kira kira RM940,000 membeli iPhone bersalut emas untuk dijadikan hadiah kepada rakan sepasukannya di Argentina selepas akhirnya memenangi Piala Dunia.

Ianya tanda terima kasih kepada mereka semua yang membantu merealisasikan impiannya mahu menjulang Piala Dunia untuk negaranya dalam kariernya yang gemilang.

La Albiceleste menjuarai Piala Dunia 2022, susulan kejayaan mereka memenangi Copa America 2021.

Ianya kejayaan Piala Dunia pertama selama 36 tahun, menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang menakjubkan di Qatar.

Skuad kendalian Lionel Scaloni itu tewas dalam perlawanan pertama dengan cara mengejutkan kepada Arab Saudi tetapi kemudian mengubah keadaan, dengan Messi mencetak tujuh gol dalam kejohanan yang gemilang.

Dia memenangi Bola Emas sebagai pengiktirafan untuk pemain terbaik pertandingan, dan awal minggu ini memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA menewaskan Kylian Mbappe dan Karim Benzema.

Dan sebagai respon dengan cara terpuji, Messi membeli 35 iPhone yang bersalut emas 24 karat untuk pemain dan kakitangan.

Messi membeli iPhone khas itu melalui iDesign Gold, yang pernah menyampaikan hadiah mewah kepadanya ketika di Barcelona.

Setiap telefon telah direka khas sepenuhnya, menampilkan nama dan nombor setiap pemain, serta lambang Argentina.

“Lionel bukan sahaja GOAT tetapi dia adalah salah seorang pelanggan IDESIGN GOLD yang paling setia dan menghubungi kami beberapa bulan selepas perlawanan akhir Piala Dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif iDesign Gold, Ben.

“Dia berkata dia mahukan hadiah istimewa untuk semua pemain dan kakitangan meraikan kemenangan menakjubkan itu tetapi tidak mahu hadiah jam tangan yang biasa orang berikan.”

“Jadi, saya mencadangkan iPhone emas yang tertulis nama mereka dan dia menyukai idea itu.”