Thiago Alcantara dilaporkan meninggalkan Bayern Munich dan dikaitkan dengan Liverpool.

Namun, bekas pemain Arsenal, Per Mertesacker, meramalkan Thiago tidak akan menghadapi kesukaran untuk bermain dalam pasukan Liverpool kerana kualiti yang ada pada beliau.

Kerjaya Thiago Alcantara bersama Bayern Munich hampir pasti akan berakhir musim panas ini. Pemain tengah Sepanyol itu disahkan akan meninggalkan Allianz Arena setelah tujuh tahun berkarier di sana.

Walaubagaimnapun, Per Mertersacker tetap mengingatkan pemain tersebut bahawa pemain sehebat beliau mungkin akan hanya menghangatkan bangku simpanan jika menyertai Liverpool, kerana kualiti yang ada pada pasikan tersebut.

“Saya sudah dapat membayangkan perpindahan itu berlaku,” kata Mertesacker kepada Goal International.

“Saya tidak fikir dia akan menghadapi kesulitan dengan gaya permainan di England. Dia adalah pemain yang sangat profesional,” kata bekas pemain pertahanan Arsenal itu.

“Tetapi masalahnya adalah bahagian tengah Liverpool ketika ini cukup bagus. Jadi untuk beliau berpindah ke sana adalah cita cita yang sangat tingi.”

“Namun, dia adalah pemain bekelas dunia yang dapat bermain di mana saja,” sambungnya.

“Dia harus menyesuaikan diri dengan persekitaraan baharu dan kadang-kadang sebagai pemain tengah dia harus melakukan pecutan 40 meter, tapi saya rasa dia dapat melakukan itu,” katanya.

“Dia harus membuat keputusan untuk dirinya sendiri.”

“Dan ada kemungkinan dia tidak akan mendapat peranan penting dalam beberapa perlawanan di Liverpool.”

“Hal ini kerana ada beberapa pemain yang lebih hebat darinya, kerana pencapaian Liverpool selama dua tahun terakhir,” sambung mantan pemain kebangsaan Jerman itu.

Thiago kini dalam rangka persiapan bersama Bayern untuk aksi final Liga Juara Juara Eropagh berdepan dengan PSG.https://www.vocketfc.com/bartomeu-messi-tak-akan-ke-mana-mana-lautaro-martinez-neymar-tak-akan-datang/

Baca juga perkembangan lain

Bayern Ke Final Lawan PSG, Gnabry-Lewandowski Pecah Rekod Bale-Ronaldo

Bartomeu: Messi Tak Akan Ke Mana Mana, Lautaro Martinez & Neymar Tak Akan Datang

‘Martial Mampu Menjadi Seperti Ronaldo Dan Henry’