Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pep Guardiola pastinya sudah menjangka Marcelo Bielsa akan bermain dengan high pressing tetapi beliau ternyata tak menyangka Bielsa menyediakan plan taktikal yang sangat banyak dan kompleks.

Selepas tamat perlawanan Guardiola menganggap keputusan seri adalah adil. Jauh di sudut hatinya ada sedikit kelegaan kerana tidak kalah.

Berikut adalah beberapa cara Bielsa menyusahkan Pep Guardiola sepanjang malam di Elland Road semalam.

Leeds bermain dengan binaan serangan dari bawah dan juga high pressing. Rasanya itu tak perlu saya ulas. Sebaliknya fokus kali ini kepada 7 pendekatan lagi yang menyebabkan City merana dan keciciran mata.

1. Man vs Man

Tidak banyak pasukan yang berani bermain dengan pendekatan ini. Terutama sekali pasukan yang baru naik ke promosi EPL.

Namun sepanjang perlawanan, Bielsa mengarahkan pemainnya berlawan secara teknikal di setiap posisi.

df

Guardiola kebiasaannya menggemari lawan yang cuba bermain cara ini dengan beliau. Kerana beliau ada ramuan untuk membunuh mereka dengan permainan kombinasi menerusi kualiti para pemainnya.

Leeds benar benar berani dengan pendekatan seperti ini.

1v1

2. Cepat merapati / closing down

Agresif! Itulah corak Leeds United ketika closing down ancaman lawan. Itulah yang membuatkan Guardiola tidak senang duduk apabila usaha mereka membuli pemain Leeds dengan satu lawan satu tidak berhasil.

Banyak bola dimenangi Leeds dengan pendekatan agresif ini. Leeds membuatkan Juego di Posicion Pep Guardiola menjadi huru hara.

Bielsa sengaja cuba menghancurkan struktur itu dengan ‘destroying’ yang pantas dan berkesan.

3.Man to man marking

Ketika berdepan dengan sepakan percuma atau bola mati, Bielsa menggunakan pendekatan man to man marking.

Jadi, mereka bukan sahaja bermain man v man ketika permainan terbuka, sebaliknya mengenakan sistem yang sama dalam situasi bola mati.

Pada pemain akan mengambil seorang lawan mereka dan menjejak mereka sehingga bola itu benar benar dikeluarkan ataupun ancaman dimusnahkan.

sssss

Bielsa biasanya akan menggunakan zonal marking. Namun tidak malam ini.

 

4. Berlari dan berlari

Skuad Bielsa terus berlari dan berlari dalam perlawanan ini. Mereka sebenarnya mengekalkan tempo larian mereka dari awal.

Cuma pada separuh masa pertama kelihatan Man City lebih intensif berdepan larian ini, kerana masih cergas.

Leeds tidak meningkatkan sangat intensiti mereka di separuh masa kedua, namun mengekalkan pattern larian mereka.

Namun yang nampak jelas, pada separuh masa kedua, graf kecergasan Man City menurun untuk mengekang larian Leeds yang kekal intensif.

Guardiola selepas tamat perlawanan menyatakan, pasukannya benar benar bagus pada 30 minit pertama. Itulah garis masa di mana City sangat intensif. Namun hasilnya agak mengecewakan.

Di separuh masa kedua, Man City keletihan mengejar pemain pemain Leeds.

Bielsa pernah memberitahu, salah satu prinsip permainan beliau adalah: “Kamu mahu letih mengejar bola ataupun dikejar dengan membawa bola.”

Bielsa memberikan motivasi dan keyakinan luar biasa kepada para pemainnya. Dan pada separuh masa kedua mereka adalah pasukan yang banyak dikejar.

Wajah Riyad Mahrez keletihan dan terpaksa dikeluarkan menceritakan segalanya.

5. Larian meneutralkan ancaman

Leeds kerap diserang balas oleh City. Namun para pemain mereka sangat bagus dalam menuetralkan ancaman.

Mereka fokus kepada larian di half space ketika dalam situasi di mana mereka ‘outnumbered’ / kekurangan pemain di pertahanan.

gser

6. Bermain lay off

Dalam perlawanan ini, Bielsa melepasi perangkap City dengan cara permainan kombinasi.

Paling jelas banyak sekali lay off yang berlaku. Permainan 1 – 2 antara pemain dengan lay off berkesan.

Kerapkali pemain City terperangkap dan dilepasi  dengan cara ini.

City merupakan pasukan yang bermain counterpressing. Blok counterpressing itu dapat dilepasi berkali kali.

Ini antara detik di mana Leeds melakukan beberapa lay off untuk memerangkap pemain lawan. Kita selalu sebut setting bola kepada kawan.

Tak dapat kongsi video kerana isu hakcipta. Tetapi anda semua boleh tengok detik minit ke-51, permainan kombinasi ini:

com

245

rt

sq

cau

Leeds benar benar mengkaji corak pressure oleh para pemain City. Ada banyak pressure mereka dilakukan dalam keadaan tergopoh gapah dan tak kemas.

Kali ini kerena di-expose oleh Leeds dengan teruk.

7. Zon 14

Kita semua tahu Bielsa sangat menekankan zon 14. Lihat apa yang beliau lakukan kepada City berdasarkan heatmap ini. Leeds menebuk zon 14 dan membuatkan Pep terpaksa memasukkan Fernandinho untuk menutup sumber dari situ.

zzb

Beberapa kali Ruben Dias terpaksa keluar dari zon beliau untuk mematikan ancaman di situ.

Dias tiba di City tepat pada masanya. Tanpa beliau dan Ederson, Man City mungkin boleh tewas perlawanan ini.

Rumusan

Manchester City berdepan dengan malam yang sukar. Sebelum ini mereka kerap merasai detik high pressing berdepan dengan pasukan seperti Liverpool untuk pertarungan 1 vs 1 melibatkan kesemua pemain.

Namun pada malam tadi mereka diberikan malam yang sukar oleh Leeds United.

Seperti yang saya jelaskan di atas, Pep tahu Bielsa sangat berani dalam pendekatannya. Namun beliau tetap tak menyangka Bielsa benar benar mengkaji lebih dalam pasukannya lebih daripada yang beliau jangkakan.

City hanya melakukan 2 percubaan tepat sepanjang malam. Dan Leeds melakukan 7 percubaan tepat. 6 saves terpaksa dilakukan Ederson, pemain City paling cemerlang malam tadi.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group