Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

“Pasukan remaja kebangsaan kita gagal untuk kalahkan Laos, apatah lagi New Zealand. Kita menolak untuk menggunakan peraturan 3+1 dalam saingan liga dan tidak memiliki liga divisyen 2. Kita tidak bermain dalam musim sejuk untuk menyelaraskan kita dengan yang lain di Asia.”

“Penilaian (rating) kita dibawah Filipina untuk kedudukan A-League. Kita tidak mengambil serius berada di AFC. Adakah kita perlu belasah Taiwan 7-0 setiap beberapa tahun?”

Kenyataan diatas telah dipetik dari sebuah kolum di laman web The Roar dari Australia, dimana penulis artikel itu mula mempersoalkan kedudukan bola sepak negara itu dalam AFC yang telah membuatkan mereka terkebelakang berbanding suatu ketika dahulu.

“(Menyertai) AFC adalah satu benda yang terburuk pernah dilakukan Australia. Bola sepak kita telah mundur dari setiap aspek dan telah menyebabkan kita membayar harga mahal tanpa pulangan.”

Penulis artikel ini juga mempersoalkan pendapat orang ramai yang mengatakan bahawa wujud banyak ‘potensi’ (dari penyertaan dalam AFC).

Potensi untuk apa? Potensi untuk bola sepak mati di negara ini?

Logistik Adalah Satu Cabaran Untuk Pasukan Dari Australia

Faktor logistik disebut sebagai salah satu perkara yang menjadi cabaran besar dalam AFC, walaupun telah dibahagikan kepada East dan West.

Beliau menyatakan bahawa konsep ACL itu tiada masalah, tetapi ia telah banyak memberikan halangan kepada mereka yang menyertai terutamanya dengan saiz skuad yang dimiliki oleh kelab A-League.

4 dari 5 kelab A-League gagal untuk melepasi peringkat kumpulan. Pada awal penyertaan dahulu, daya penarik ketika itu masih tinggi tetapi ianya telah merudum dari tahun ke tahun dan seperti sudah tiada interest sekarang.

Ia bukan satu perkara yang hanya unik atau berlaku di Australia sahaja, kehadiran penonton ke stadium adalah menyedihkan dibeberapa buah negara lain. Banyak pasukan juga menghantar skuad yang lemah kerana mereka memberikan keutamaan kepada saingan liga domestik.

Jarang Layak Ke Kejohanan Remaja, Jika Layak Pun Kita Dibelasah

Bagi pasukan kebangsaan (remaja) pula, beliau menyatakan Australia jarang layak ke kejohanan remaja antarabangsa dan jika layak sekalipun, mereka menjadi skuad belasahan.

Beliau cuba melihat pada era 90-an dimana Australia layak ke separuh akhir U20 dan peringkat akhir U17 dan secara keseluruhannya membantu reputasi Australia untuk membawa pemain-pemain mereka ke eropah pada ketika itu.

Sambil memberikan contoh bagaimana prestasi baik pasukan New Zealand dalam saingan Olimpik Tokyo baru-baru ini, serta dalam beberapa kejohanan antarabangsa bawah umur yang lain, bakat dari Australia hilang dengan pemain mengambil pendekatan short-term money berbanding membina karier di Asia telah menyebabkan skuad Socceroos menjadi sampah.

Australia Lebih Baik Bermain Dalam Piala Konfederasi Berbanding Piala Asia.

“Perlawanan akhir Piala Asia memang hebat. Adalah lebih baik untuk kita beraksi dalam Piala Konfederasi setiap 4 tahun, sekurang-kurangnya kita berdepan pasukan seperti Itali dan Argentina.”

“Maksud saya, siapa tidak mahu melepaskan perlawanan epik bertemu Qatar dan Bahrain sama juga seperti Jepun dan Korea Selatan mereka adalah lawan yang kompetitif.”

“Tetapi sekarang OFC sudah ada slot ke Piala Dunia, tiada sebab untuk kita terus bersama di Asia.”

Mengakhiri artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa Australia telah gagal untuk menghasilkan pemain-pemain seperti generasi emas yang pernah mereka ada selepas meninggalkan OFC.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Park Hang-seo Ada 6 ‘Assistant’ Dari Korea Selatan Demi Persiapan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

Portal Sukan Turki Ini Kaitkan Perpindahan Radamel Falcao Ke JDT Sejak 10 Hari Yang Lalu

Buriram United Pernah Bayar RM2.32 Juta Untuk Batalkan Kontrak Pemain Import Selepas 11 Hari Sahaja Beraksi

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group