2 hari yang lalu pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi mengumumkan bahawa perlawanan play-off AFC Cup diantara pasukan Bengaluru FC bertemu Eagles FC yang dijadualkan berlangsung di Maldives telah ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Ini adalah berikut satu insiden berkaitan pemain dan pegawai pasukan Bengaluru FC yang gagal mematuhi SOP gelembung sukan yang telah ditetapkan di Maldives.

Ahmed Mahloof yang merupakan Menteri Belia & Sukan Maldives, membuat keputusan menghalau kelab Bengaluru FC dari negara mereka selepas menerima laporan mengenai kegagalan untuk mematuhi SOP gelembung sukan dan memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Maldives (FAM) untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan kepada ciapan yang dibuat oleh beliau, arahan dikeluarkan kepada FAM untuk menghantar pulang semua pemain dan pegawai Bengaluru FC dan seterusnya memaklumkan kepada AFC untuk menunda perlawanan.

Bengaluru FC juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan insiden tersebut dan akan melakukan persiapan segera untuk keluar dari Maldives.

Mereka juga memohon maaf atas tindakan 3 orang pemain dan pegawai kelab yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan selain bertegas akan mengambil tindakan keatas mereka yang terlibat.

Menerusi siaran yang dikeluarkan oleh Khel Now, Ahmed Mahloof juga menyatakan bahawa Maldives tidak akan menganjurkan perlawanan atau menjadi tuan rumah untuk sebarang perlawanan dalam kejohanan AFC Cup selepas kejadian ini berlaku.

Pemilik Bengaluru FC, Parth Jindal juga turut memohon maaf atas kejadian yang disifatkan sebagai ‘inexcusable’ oleh 3 pemain dan pegawai kelab ketika berada di Male, dan akan mengambil tindakan tegas keatas mereka.

“Kami telah mengecewakan pihak AFC dan akan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.”

Mengikut pengumuman AFC juga, perlawanan peringkat kumpulan D yang dijadualkan akan berlansung di Maldives turut ditunda ke satu tarikh lain dan memaklumkan kepada pasukan yang sudah berada di Maldives untuk pulang ke negara mereka dengan segera.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Dang Van Lam Tiada Dalam Senarai 37 Pemain, Media Vietnam Sifatkan Pertahanan Kiri Adalah ‘Lubuk’

Alistair Edwards: JDT Pinjamkan Beberapa Pemain Ke Melaka United, Sri Pahang, Sabah Dan UiTM

Kurniawan: “Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun, Dia Sangat Efisien Dan Efektif Menggunakan Tenaga.”

Sumber