Sebelum ini UEFA mengumumkan bahawa final UCL musim ini akan diadakan di Estadio Do Dragao di Portugal.

Dengan UEFA mengesahkan bahawa perlawanan tersebut akan dihadiri oleh 8,000 penyokong. Portugal menjadi destinasi pilihan menggantikan Istanbul kerana situasi covd-19 di Portugal yang dikatakan lebih baik berbanding Turki.

Dan sudah tentunya keputusan ini melibatkan perbincangan dengan kerajaan Portugal.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menyatakan, ianya adalah sesuatu yang tidak betul untuk menghalang penyokong masuk ke stadium selepas lebih setahun mereka tidak tidak boleh menyaksikan pasukan mereka beraksi depan mata.

“Untuk menafikan peluang peminat menyaksikan perlawanan di depan mata mereka, jelas bukan satu pilihan dan saya teruja bahawa kita telah menemui kompromi [dengan kerajaan Portugal].”

“Penyokong sudah terseksa 12 bulan tidak dapat menyaksikan pasukan mereka beraksi di dalam stadium dan mara ke final UCL merupakan pencapaian yang luar biasa untuk kelab mereka.”

“Selepas setahun penyokong tak dapat masuk ke stadium, ianya tidak betul jika mereka tidak diberikan peluang untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi dalam perlawanan terbesar dalam musim ini.”

Oleh sebab itu ramai peminat meletakkan harapan yang sama untuk aksi final Piala Portugal di antara Benfica dan SC Braga pada 23 Mei ini yang akan berlangsung di Coimbra.

FA Portugal dilaporkan sudah bertanya kepada pihak kerajaan Portugal tentang perkara tersebut. Malangnya Kementeria Dalam Negeri Portugal, Mariana Vieira da Silva menyatakan: “Kehadiran orang ramai ke dalam mana maca acara sukan, boleh dikira tidak akan berlaku.”

“Hanya ada kemungkinan penyokong akan dibenarkan masuk dalam perlawana terakhir liga – sebagai acara ujian [test event],” tegas beliau dalam sesi konferens video melibatkan menteri dan jawatankuasa bola sepak Portugal.

“Apa yang berlaku dalam aksi terakhir liga musim ini adalah acara ujian. Kita tidak boleh katakan bahawa, kita sudah membenarkan orang ramai masuk ke stadium. Ada beberapa set perlawanan yang akan menjadi acara ujian, di mana stadium stadium terlibat akan berbeza dengan stadium yang lain pada hari terakhir itu nanti. Tidak lebih daripada oti.”

“Acara ujian juga sudah kita lakukan dalam sektor lain dan aktiviti lain sebelum ini.”

“Kerajaan tidak ada garis panduan khas untuk acara ujian ini. Namun ianya ada SOP untuk acara yang bukan seperti acara biasa ini. Ianya termasuk prosedur kontak antara individu yang hadir serta penguatkuasaan keselamatn dengan pihak kementerian kesihatan serta majlis perbandaran,” tambah beliau lagi.

Kenyataan tersebut ternyata membuatkan penyokong Braga dan Benfica tidak berpuas hati. Ini kerana menurut mereka, untuk berlaku adil, final UCL pun seharusnya dalam stadium kosong kerana ianya bukan dalam senarang test events oleh kerajaan.

Baca juga artikel

EPL: Liverpool Benam United 4-2, Nyalakan Kembali Impian 4 Teratas

UCL: Aksi Final Bukan Di Turki Ataupun Di England, Tetapi Di Portugal

RASMI: Manchester City Juara EPL 2020/21