Menteri Sukan Itali, Vicenzo Spadafora menyatakan bahawa Cristiano Ronaldo telah melanggar protokol keselamatan dengan terbang ke Portugal untuk tugasan antarabangsa baru baru ini.

Ronaldo kembali ke negara asalnya selepas perlawanan Serie A, di mana pasukan Juvenus sebelum ini sudah mencipta ‘bubble’ virus ketika 2 staf mereka positif koronavirus.

Laporan di Itali menyatakan Ronaldo negatif dalam dua ujian pertama Covid-19. Namun beliau masoh perlu untuk lulus satu lagi ujian untuk membolehkannya kembali ke Portugal tanpa perlu isolasi / kuarantin di rumah.

Ronaldo bermain dalam dua perlawanan menentang Sepanyol dan Perancis. Dan disisihkan daripada perlawanan menentang Sweden kerana disahkan positif Covid-19.

Juventus mengesahkan pada Rabu lalu, Ronaldo kembali ke Turin menggunakan penerbangan medikal yang diiktirafoleh jabatan kesihatan Itali. Dan kemudian kembali ke rumahnya menggunakan ambulan.

Walaupun Juventus sudah menyatakan Ronaldo mengikuti segala protokol, namun menteri Kesihatan Itali, Spadafora tak setuju.

Ditanya sama ada Ronaldo telah melanggar protokol koronavirus kerana keluar dari Itali?

Spadafora menjawab: “Ya, saya rasa begitu. Jika dia gagal untuk mendapatkan sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa, maka dia telah bersalah melanggar peraturan.”

https://twitter.com/DeportesMinuto/status/1316889708174188544

Presiden Juventus, Andrea Agnelli membantah tuduhan daripada Spadafora. Dengan menegaskan sekali lagi, Ronaldo telah mengikuti segala prosedur kesihatan yang ditetapkan.

Ronaldo dan McKennie adalah dua pemain Juventus yang disahkan positif koronavirus.

Agnelli berkata: “Cristiano Ronaldo telah kembali ke Juventus dengan kapal terbang khas yang sudah diiktiraf oleh kementerian kesihatan dan dia mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk isolasi peribadi di rumahnya.”

Agnelli menegaskan Ronaldo dan McKennie akan menjalani kurantin sendiri sekurang kurangnya untuk 10 haro.

Agnelli membidas beberapa media Itali yang melaporkan perkara tak tepat tentang Juventus, kerana menurutnya, kelab tersebut sentiasa menghormati peraturan yang sudah ditetapkan.

Baca juga perkembangan lain

Serie A Bagi 3 Mata Kepada Juventus Kerana Napoli Tak Boleh Ke Turin Sebab Covid-19

UNL: England Kalah, Bermain 10 Pemain Selepas Maguire Kad Merah

Scholes: “Martial ‘Scam’ Kita Semua Musim Lepas”