Kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) menjuarai TM Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam telah menjadi buah mulut dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Tambahan pula, mereka menamatkan penantian selama 32 tahun dengan menjulang Piala Malaysia di hadapan lebih 20,000 penyokong yang hadir.

Ia adalah detik yang cukup manis bagi skuad warga kota itu kerana sudah lama mereka tidak memenangi sebarang Piala dalam saingan domestik.

Kejayaan KL City itu turut menarik perhatian Menteri Besar Kedah dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengucapkan tahniah kepada pasukan tersebut di laman facebooknya.

Beliau juga tumpang gembira dengan kemenangan KL City bersama penyokong bola sepak tempatan dan sempat mengusik JDT dengan meminta gambar seekor Harimau berjalan tersipu-sipu daripada netizen.

Reaksi Sanusi terhadap keputusan perlawanan itu telah menghiburkan netizen terutama peminat bola sepak yang telah mengikuti isu tunggakan gaji pasukan Kedah minggu lalu sehingga mengundang campur tangan daripada pemilik JDT, DYAM Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Kedua-dua individu itu sebelum ini sempat berbalas status di media sosial sekaligus mencipta ‘hype’ dalam perlawanan Piala Malaysia 2021.

Baca artikel lain mengenai isu Sanusi-TMJ yang dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini melalui pautan dibawah.

Presiden Kedah Darul Aman Balas Kritikan TMJ

“Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah, Diet Apa Diet?” – Respon Selamba Sanusi Md Nor Kepada TMJ

Pemuda PAS Mohon Maaf Kepada TMJ Kerana Sikap Nakal Sanusi