Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan faktor luaran seperti sorakan lebih 63,000 penyokong Harimau Malaya ketika perlawanan menentang Bahrain kelmarin sebagai punca pemain hilang fokus.

Menurut laporan Arena Metro, Faizal berkata sorakan padu penyokong ketika itu mampu menyebabkan pemain terlepas peluang untuk menjaringkan gol sekaligus menyumbang kepada kekalahan skuad negara kepada Bahrain.

“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

“Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit,” katanya.

Kredit Foto: FAM

Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sudah menjadi adat pertandingan adanya pemenang dan yang kalah, justeru semua pihak diingatkan agar tidak bersorak apabila menang sekiranya tidak boleh menerima kekalahan.

Jaringan penalti pada lewat permainan meleburkan hasrat skuad negara untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata selepas tunduk 1-2 di tangan Bahrain pada aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kekalahan ini nyata pahit untuk ditelan barisan pemain negara yang nyata mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan berdepan lawan di tangga ke-89 ranking dunia itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Ratusan Penyokong Bangladesh Dijangka Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil Esok

Syafiq Ahmad Mahu Buktikan Kemampuan Jika Diberikan Peluang Beraksi

Khalid Ali Bimbang De Paula Tak Tahu Fungsinya Sebagai Penyerang Utama

Amaran Presiden FAM Kepada Pemain: “Jangan Lena Dibuai Dengan Sanjungan Dan Pujian”