Jika anda menyaksikan banyak pasukan yang bermain bola sepak dengan gaya fluid/cair, ataupun taktikal moden, formasi 4-3-3 adalah antara pilihan utama mereka.

Belanda dengan total football mereka antara pasukan yang seolah olah wajib dengan 4-3-3 pada satu ketika dahulu.

Barcelona menerapkan formasi 4-3-3 ini dari La Masia lagi dan pasukan utama mereka sangat signifikan dengan 4-3-3.

Ketika Ernesto Valverde banyak menggunakan sistem 4-4-2, ramai yang mendesak beliau untuk kembali kepada 4-3-3.

Jurgen Klopp menjadikan formasi 4-3-3 sebagai formasi utama beliau di Liverpool.

4-3-3 formasi ofensif

Formasi ini adalah sangat ofensif di mana barisan serangan diletakkan 3 pemain pada garis selari.

Seterusnya, biasa 4-3-3 juga dimainkan dengan pivot tunggal menjadikannya formasi yang ada ‘attacking 5’.

Anda lihat di bawah ini, dua barisan di atas itu adalah diisi oleh pemain ‘offensive minded’,

form433

Untuk pasukan yang gemarkan penguasaan bola dan tekanan berterusan ke atas lawan, mereka akan menaikkan dua bek sisi untuk menjadikan unit pemain serangan seramai yang mungkin.

Sirkulasi yang dinamik dibentuk daripada 4-3-3 dengan meningkatkan kekuatan di kawasan tinggi di tepi padang (wide).

1_QNcUaudLf-X3BGn3v01N5w
Lakaran oleh Spievelagerung

Untuk counterpressing

Formasi 4-3-3 adalah sangat sesuai untuk melakukan taktikal countepressing.

Coutepressing adalah corak permainan menekan lawan dengan segera di kawasan mereka apabila kehilangan bola.

Berbeza dengan sistem klasik di mana pemain akan mengundur dan turun ke bawah untuk membentuk formasi bertahan.

Jadi, dengan 5 pemain di hadapan yang laju dan intensif, mereka akan memudahkan proses tersebut dibuat.

Ini kerana 5 koridor utama telah diisi dengan pemain dengan secukupnya. Koridor di sini bermaksud; kanan-halfspace kanan-tengah-halspace kiri-kiri.

Anda lihat lakaran di bawah in, Manchester City mengenakan high pressing ke atas lawan mereka dengan kesemua bahagian utama ditekan. Garisan pemain pertahanan dinaikkan.

Man-City-2-1

Kontra

Setiap formasi itu pasti ada kontranya. Perkara yang paling penting untuk sesebuah pasukan itu bermain 4-3-3 adalah pemahanan dan kerajinan 2 pemain sayap untuk bertahan.

Walaupun mereka disebut pemain penyerang dan bukannya side midfielder, tanggungjawab bertahan itu tetap sama dengan pemain sisi biasa.

Mereka masih terikat dengan peraturan, pemain sayap perlu mengawasi pemain bek sisi pasukan lawan.

Kita tahu, ramai pemain penyerang yang malas untuk turun kerana mereka mereka memikirkan isu tugasan utama mereka menjaringkan gol.

Untuk sistem yang lebih advance, lihat trio serangan Liverpool di mana ketiga tiga mereka rajin turun, termasuk pemain di posisi no.9 iaitu Firmino.

Pep Guardiola, Kloop, Bielsa dan Tuchel antara pengurus yang suka dengan sistem ‘floating no.9’ ataupun pemain penyerang utama yang tidak menunggu di atas, tetapi kerap berada di kawasan tengah.

Untuk Liverpool mereka tiada masalah sebab memang Firmino adalah false 9. Namun untuk pasukan seperti Man City, pemain seperti Aguero juga mengambil masa untuk memahami peranan mereka supaya terapung.

Seterusnya, biasanya sistem 4-3-3 akan ‘reshape’ bertahan keapda 4-1-4-1. Anda semua tahu, 4-1-4-1 adalah sistem yang memerlukan 2 pemain tegah di atas pemain tengah defensif untuk rajin turun naik memburu bola.

Jika tidak, pemain tengah defensif/no.6 akan berjuang sendiri di tengah melindungi garisan pertahanan akhir.

Rumusan

Formasi 4-3-3 memang nampak cantik dan sesuai untuk permainan fluid serta high pressing. Tetapi pemahaman yang mendalam ke atas formasi ini harus ada dalam setiap pemain.

Ianya bukan formasi untuk pemain sayap yang malas untuk ‘track back’.

Pemilihan pemain yang sesuai dan keupayaan jurulatih memberikan penerangan kepada pemain adalah sangat penting.

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti di bawah.

Bagaimana Messi Menjadi Penggelecek Unggul Hanya Bersenjatakan Fake Body Feint

Diskriminasi, Cemburu & Penindasan Pun Tak Mampu Halang Zlatan Ibrahimovic

Apa Yang Pegawai Dan Pemain Manchester United Buat Ketika Lockdown?