Juara Eropah 2 kali pada era 60-an, Benfica merupakan pasukan yang dianggap tidak ada masalah untuk melepasi pusingan kelayakan dan mara ke UCL musim ini.

Ini terutama sekali perlawanan kelayakan awal. Mereka pastinya diletakkan harapan untuk terus mara ke pusingan seterusnya.

Namun ternyata gergasi dari Portugal itu diberikan mimpi ngeri oleh PAOK. Sebuah kelab yang jauh lebih kecil berbanding dengan mereka.

Lebih peduh bagi Befica apabila mereka sudah membelanjakan €78 juta untuk bersaing di peringkat Eropah.

Benfica turut mendapatkan Vertonghen secara percuma dari Spurs namun pastinya dengan gaji yang tinggi. Mereka membeli Everton dengan nilai €20 juta serta Darwin Nunez dengan €24 juta.

Selepas berbelanja besar, pasukan dari Portugal itu telah memutuskan untuk melepaskan Andrija Zivkovic secara percuma untuk mengimbangi akaun mereka.

Zivkovic kemudiannya menyertai PAOK.

Namun pemain itu menghantui mereka apabila menjaringkan gol dalam kemenangan pasukannya. Membuatkan Benfica kehilangan €40 juta setelah gagal layak ke UCL.

Satu lagi gol oleh PAOK adalah kerana jaringan sendiri Jan Vertonghen berpunca daripada hantaran silang rendah pasukan lawan.

Benfica mendapat gol lewat menerusi Rafa Silva.

Dengan kekalahan ini Benfica dilaporkan telah membuka pintu kepada kelab lain untuk membeli pemain mereka bagi mengelakkan kerugian besar musim ini.

Mungkin ini berita baik buat kelab lain (terutama sekali Wolves).

Benfica menamatkan musim lalu di tangga kedua dsalam carta Liga Portugis.

PAOK pula datang dengan status pasukan naib juara Liga Greece.

Selain daripada itu, Dynamo Kiev turut menyingkirkan AZ Alkmaar dengan skor 2-0.

Gent menyingkirkan Rapid Vienna 2-1.