Chelsea nampaknya masih belum selesai dalam jendela perpindahan kali ini walaupun sudah membei enam pemain.

Terbaru Fabrizio Romano melaporkan Chelsea sudah mencapai kesepakatan untuk mendapatkan penjaga gol Rennes, Edouard Mendy.

Mendy akan menjadi pengganti kepada Kepa Arrizabalaga yang beraksi dengan teruk pada musim lalu. Penjaga gol Rennes itu melakukan 13 clean sheet musim lalu. Dengan hanya bolos 31 kali daripada 33 penampilannya,

Musim lalu, Lampard sudah beberapa kali merehatkan Kepa Arrizabalaga yang dilihat tidak layak langsung bergelar penjaga gol termahal di dunia.

Lampard juga dikaitkan dengan pemain seperti Nick Pope.

Kepa mencatatkan 10 clean sheet dengan bolos sebanyak 58 kali dari 41 penampilan.

Maka, kerisauan Lampard itu adalah bersebab. Kepa menjadi penjaga gol yang memiliki ratio penyelamatan yang sangat rendah.

Lalu Chelsea kini semakin hampir berjaya mendapatkan pengganti kepada Kepa Arrizabalaga. Selepas mereka gagal mendapatkan sasaran sebelum ini iaitu Dean Henderson yang sah akan kekal di United.

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Rennes sudah menerima tawaran Chelsea dan bersetuju dengannya.

Mendy terbang ke London untuk menyelesaikan prosedur perpindahannya termasuk pemeriksaan medikal.

Fabrizio Romano malah menyatakan bahawa perpindahan ini memang sudah 100% sah.

Dalam perkembangan yang lain, Chelsea juga berusaha mendapatkan bekas pemain akademi mereka, Declan Rice. Namun Chelsea tidak sanggup membayar €80 juta yang diminta kelab West Ham.

Baca juga perkembangan lain

Ozil: “Kalau Saya Tak Nak Menang Piala, Jadi Saya Harus Pergi Ke Spurs”

Sah! Perpindahan Coutinho Ke Arsenal Tidak Akan Menjadi Kenyataan Kali Ini

RASMI: Sandro Tonali Bangga Jadi Nombor 8 Baru Milan, Sudah Minta Izin Gattuso Terlebih Dahulu