Claudio Ranieri memuji wira hatrik dalam aksi membelasah Everton, Joshua King. Manakala pemain itu pula menyifatkan ia sebagai penebus kegagalannya di Everton sebelum ini.

Joshua King membawa pulang bola rasmi perlawanan selepas menjaringkan 3 gol ke atas bekas kelabnya dalam kemenangan 5-2 Watford di Goodison Park.

Pengurus baharu Watford itu sebelum ini dibelasah 5-0 oleh Liverpool. Namun membalasnya dengan menjaringkan 5 gol di bandar Liverpool berdepan dengan Everton.

Dua kali pasukannya ketinggalan, dan mereka kelihatan akan tewas 2-1 di tangan Everton selepas Richarlison menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.

Everton malah hanya mengambil 3 minit sahaja untuk gol pertama menerusi Tom Davies. Namun disamakan oleh King pada minit ke-13.

Everton di depan menerusi Richarlison minit ke-63, tetaoi Juraj Kucka menyamakan kedudukan pada minit ke-78.

2 muinit kemudian, King menambah gol kedua peribadinya. Diikuti hatrik pada minit ke-86 sebelum Emmanuel menjaringkan gol kelima pelawat pada masa kecederaan.

Walaupun menang bergaya dengan 5 gol, namun Ranieri masih tidak berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi pasukannya untuk aksi 90 minit.

Ranieri berkata:

“Ya kami melakukan banyak perkara positif namun saya tidak gemar dengan beberapa perkara, dan kita harus bekerja untuk memperbaikinya.”

“Saya rasa pemain pemain hari ini tidak berputus asa. 5 gol kami bolos berdepan Liverpool, adalah sangat banyak untuk kami terima, namun saya gembira kerana hari ini kita bermain laju di serangan.”

“Joshua King sangat hebat, bukan hanya 3 gol yang dia jaringkan, namun cara dia mengawal bola dan bertarung dengan bek tengah lawan.”

“Rome itu tidak dibina dalam satu malam. Kita harus bekerja keras. Akhirnya minggu ini kami semua bekerjasama buat pertama kali. Dan dah tentu kita masih ada ruang untuk memperbaiki diri.”

“Saya sangat gembira dan berpuas hati. Kita harus teruskan begini. Saya sudah melupakan perlawanan sebelum ini. Kini minggu ini menjadi minggu yang baik sekali.”

Joshua King pula berkata: “Jujur saya katakan, kita pada kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama. Kami semua merasakan kami berhak mendapat sesuatu dalam perlawanan ini sekurang kurangnya seri.”

“Malah ketika Richarlison menjaringkan gol kedua mereka, saya tetap yakin bahawa kami akan mendapat sesuatu daripada perlawanan ini. Kami menjaringkan gol menerusi tandukan dan keyakinan kami kian membara.”

“Untuk pemain penyerang, keyakinan itu sangat penting. Saya melalui musim yang teruk musim lalu. Semua penyerang harus mulai menjaringkan gol untuk mendapatkan semula keyakinan mereka.”

“Kami perlukan kemenangan pada hari ini, pasukan ini memiliki semangat kesatuan yang sangat tinggi. Ini adalah pasukan, kadangkala saya tak dapat skor dan kadangkala saya dapat. Namun setiap kali saya menyumbang kepada gol atau assist, saya akan rasa gembira sekali.”

“Kamu harus melupakan perlawanan menentang Liverpool sebab mereka memang pasukan yang sangat kuat ketika ini. Pasukan terbaik di dalam liga, sama seperti Man City.”

“Perlawanan ini sangat penting untuk kami meningkatkan semula keyakinan kami.”

“Pengurus baru sahaja tiba, dan ini baru perlawanan kedua beliau. Dan ini persembahan yang sangat baik secara berpasukan.”