Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SPFC) nampaknya serius untuk memberikan saingan yang sengit dalam Liga Malaysia musim ini apabila mereka dilaporkan telah menandatangani seorang pemain pertahanan berpengalaman dari Perancis iaitu Mamadou Wague.

Wague mempunyai status warganegara Lubnan dan ia memberi kelebihan kepada Pahang untuk mendaftarkannya sebagai pemain import Asia. Beliau dijangka akan berganding dengan Herold Goulon untuk memperkuatkan benteng pertahanan.

Malah, kedua-dua pemain itu sangat mengenali antara satu sama lain kerana mereka berdua pernah beraksi bersama dalam kelab Ligue 2, Le Mans pada musim 2009 hingga 2010.

Bola sepak Asia bukanlah asing bagi Wague kerana beliau sebelum ini mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Premier Arab Saudi dengan pasukan Najran SC pada musim 2015 hingga 2016.

Lebih menarik, Wague turut dinobatkan sebagai pemain pertahanan terbaik Liga Premier Arab Saudi pada ketika itu. Sepanjang karier bola sepaknya, beliau menerima pelbagai anugerah seperti pemain pertahanan terbaik Liga Premier Ukraine, Liga Israel dan juga pemain terbaik Liga Premier Cypriot.

Wague juga pernah beraksi dengan kelab Iraq, Al Shorta pada musim 2018 hingga 2019 dan membantu kelab itu menjuarai Liga Premier Iraq.

Berdasarkan rekod, Wague juga penah mewakili skuad kebangsaan Perancis bawah 19 tahun (B-19) sebanyak 4 kali pada tahun 2009 dan beliau ketika itu dilihat sebagai prospek terbaik untuk diserap skuad senior Perancis.

Kehadiran beliau bakal memberi pilihan kepada pengendali Sri Pahang, Thomas Dooley untuk membentuk barisan yang mantap kerana Wague juga mempunyai kebolehan bermain di posisi ‘defensive midfield’.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia 2021 melalui pautan dibawah. 

Kenali Nike Flight, Bola Rasmi Liga Malaysia 2021

Mohamadou Sumareh Sah Sertai Johor Darul Ta’zim

Melaka United Mahu Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Secepat Mungkin

RASMI: Scott Ollerenshaw Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal, Bakal ‘Korek’ Bakat Baharu Untuk Sabah FC

JDT Bakal Umum Tiga Pemain Baharu Dan Dokumentari Khas Bertajuk ‘Fearless’