Melaka United semakin tertekan apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super musim ini dimana mereka tunduk kepada pasukan PKNP FC dengan jaringan 1-0.

Kesilapan pemain pertahanan Melaka, Ahmad Khuzaimie Piee yang tertampan bola ke gawang sendiri menyebabkan pasukannya gagal memperoleh tiga mata dan menduduki kelompok pertengahan liga.

Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan ini dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mencatat kemenangan sekaligus bangkit daripada kekalahan di tangan Selangor minggu lalu.

Namun, Melaka dilihat gagal untuk memberikan saingan kepada PKNP FC dimana pasukan lawan lebih berdisiplin ketika bertahan dan menyerang.

Barisan serangan yang tumpul menjadi salah satu faktor kekalahan Melaka United semalam dan perkara ini turut diakui oleh ketua pasukan, Shukor Adan.

Juara Liga Perdana 2016 ini kini menduduki tangga keenam liga manakala PKNP FC pula menghuni kedudukan ketujuh.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group