Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Melaka United memulakan langkah dalam pemburuan mereka mencari pemain import apabila dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan Filipina.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, pemain yang dimaksudkan ialah Manuel Ott dimana baru-baru ini Ott membantu United City FC memenangi saingan Philippines Football League (PFL) musim 2020.

Ott merupakan pemain kacukan Filipina-Jerman yang dilahirkan di kota Munich. Beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab Jerman antaranya TSV 1860 Munich dan FC Ingolstadt 04.

Pemain berusia 28 tahun itu mula beraksi di Filipina pada tahun 2014 bersama Ceres-Negros atau yang kini lebih dikenali dengan nama United City FC.

Manuel Ott juga pernah beraksi di Thai League 1 bersama Ratchaburi Mitr Phol secara pinjaman selama satu musim pada 2019 lalu sebelum kembali ke United City pada awal tahun ini.

Manuel Ott

Aksi Manuel Ott dalam sesi latihan bersama Ratchaburi Mitr Phol FC

Bersama pasukan kebangsaan Filipina, Ott telah membuat sebanyak 50 penampilan sejak beraksi bersama The Azkals pada 2010 lalu.

Abang kepada Mike Ott itu juga pernah beraksi dalam temasya Piala Asia 2019 namun gagal membantu Filipina layak ke peringkat kalah mati setelah tewas dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Bagi saingan Liga Malaysia musim 2021, Melaka United kekal dibimbing oleh Zainal Abidin Hassan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Bekas Kapten Skuad Piala Dunia USA Bakal Jurulatih Baharu Pahang Musim Depan?

Pemain Tengah Switzerland, Oliver Buff Dikaitkan Dengan Selangor

B.Satianathan Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal Sarawak United

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group