Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li mengesahkan pihaknya berjaya mendapatkan khidmat penyerang berpengalaman dari Jamaica, Deshorn Brown bagi memperkuatkan jentera serangan menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Katanya dalam Bernama, Deshorn Brown akan berganding dengan seorang lagi penyerang import dari Nigeria, Uche Agba yang beraksi bersama PDRM FA dalam saingan Liga Premier musim ini.

Kedua-dua pemain itu akan menandatangani kontrak bersama skuad kendalian Zainal Abidin Hassan pada minggu ini.

image
Deshorn Brown. Foto: Audun Braastad/NTB scanpix

Melaka United setakat ini telah membawa masuk bekas pemain import PKNS FC, Romel morales dan mengekalkan pemain import Asia, Jang Suk Won dari Korea Selatan. Mereka turut mengorbankan kuota pemain import Asean bagi menjimatkan perbelanjaan.

“Kami sudah berfikir panjang dan membuat keputusan hanya akan menggunakan empat pemain import untuk musim ini selepas Patrick Reichelt tidak menyambung kontrak bagi kuota pemain Asia Tenggara.

“Kami mendapati ramai lagi pemain Malaysia yang baik dan berkualiti setanding pemain import Asia Tenggara, oleh itu kami putuskan akan mendapatkan pemain dari negara ini sekali gus ia dilihat dapat menjimatkan perbelanjaan pasukan,” katanya.

Brown yang berusia 28 tahun mempunyai 14 kaps bersama skuad kebangsaan Jamaica dan pernah beraksi dalam saingan Copa America pada tahun 2015. Malah, beliau juga membantu Jamaica menjuarai Carribean Cup pada tahun 2014.

Selain itu, beliau pernah berhijrah ke Asia menyertai Kelab Liga Super China, Shenzhen FC pada tahun 2016 dan telah menjaringkan 7 gol dalam 14 penampilan.

Kemudian, Brown kembali semula ke Amerika Syarikat beraksi dalam Major League Soccer (MLS) bersama kelab D.C. United sebelum berhijrah ke Sepanyol menyertai kelab liga divisyen 2, Lorca. Pada musim ini, beliau telah menjaringkan 15 gol dalam saingan USL bersama kelab OKC Energy FC.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Kurniawan Dwi Yulianto Dirumorkan Bakal Latih Klub Malaysia

KFA Tidak Sambung Kontrak 10 Pemain, Kipre Tchetche Dan Kpah Sherman Sah Sertai Pasukan

UiTM FC Nafi Dapatkan Khidmat Dollah Salleh Sebagai Ketua Jurulatih

Sumber