Skuad Melaka United (MU) sekali lagi kempunan bawa pulang 3 mata penuh apabila mereka terikat 1-1 dengan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan semalam.

Ia adalah keputusan seri yang keempat berturut-turut dan pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan itu kini menghuni kedudukan ke-8 liga dengan 4 mata.

Pada perlawanan itu, MU terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang import Brazil, Alex Goncalves seawal minit kedua.

Sepakan penalti itu diberikan selepas bola hantaran lintang S Kumaahran dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah terkena tangan pemain pertahanan TFC, Shahrul Nizam Ros Hasni.

Jaringan tersebut membangkitkan semangat pemain MU dengan harapan dapat menambahkan gol kedua namun percubaan Sony Norde berjaya ditampan oleh penjaga gol tuan rumah, Rahadiazli Halim pada minit ke 15 dan 16.

Skuad kendalian Nafuzi ZainĀ  juga gagal mempamerkan rentak permainan yang baik sepanjang separuh masa pertama dan mereka sukar menembusi benteng pelawat yang diketuai pemain import Korea Selatan, Sukwon Jang.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Bagaimanapun, TFC turun dengan barisan yang berbeza pada separuh masa kedua apabila Nafuzi Zain melakukan perubahan taktikal.

Beliau juga membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Faiz Nasir dan Azalinullah Mohamed Alias serta pertahanan, Muhamad Arif Fadzillah Abu Bakar bagi menggantikan tempat Hakimi Abdullah, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhamad Hafizal Alias.

Percaturan itu membuahkan hasil yang lumayan apabila Jordan Mintah memperdayakan Razman Roslan lalu menyumbat gol penyamaan pada minit ke 66 selepas mendapat umpanan daripada Dechi Marcel.

Ini adalah jaringan kedua beliau pada musim ini dan ia adalah aksi terbaiknya dalam saingan Liga Super selepas dinaikkan pangkat daripada pasukan ‘feeder club‘. Keputusan itu juga mengukuhkan kedudukan TFC di tangga kedua liga dibelakang JDT setakat ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Sarawak United Kekalkan Rekod Tanpa Bolos, Elavarasan Puji Aksi Taylor Regan

Jumlah Tontonan Liga Super Malaysia LS3 Lebih 3 Juta, 2 Minggu Berturut-Turut Rekodkan Purata Lebih Setengah Juta

Pengadil Gagal Kesan Simulasi Pemain PJ City Digantung 2 Minggu, 3 Pemain Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Statistik Ringkas Perlawanan Kedua Liga Super 2021

Aksi Bertenaga Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian