Pasukan Melaka United meneruskan shopping spree mereka apabila menandatangani khidmat dua lagi pemain bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu menandatangani bekas pemain Pahang dan Terengganu FC, Ahmad Syamim Yahya bagi mengukuhkan barisan tengah.

Syamim menyertai TFC pada musim 2019 setelah membantu Felda United muncul juara Liga Perdana pada musim 2018. Akan tetapi, jodoh Syamim bersama TFC hanya semusim sahaja apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak beliau bagi menghadapi saingan musim 2020.

Setelah dikaitkan dengan beberapa pasukan, Melaka United akhirnya menjadi pilihan pemain berusia 29 tahun itu dan beliau dilihat bakal bergandingan bersama bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim di bahagian tengah.

Selain mengumumkan kedatangan Syamim Yahya, Melaka turut menandatangani pemain pertahanan Petaling Jaya City FC, Aizulridzwan Razali.

Setakat ini, Melaka telah menandatangani seramai 13 pemain baharu menjelang saingan musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:

Melaka United Semakin Rancak Tandatangani Pemain Menjelang Musim 2020

Romel Morales Sah Beraksi Bersama Melaka United Musim Hadapan

Melaka United Sambar Khidmat Penyerang Skuad Kebangsaan Jamaica