Pasukan Melaka United dikhabarkan bakal menghadapi kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung dalam satu perlawanan pra musim yang bakal digelar di Bandung pada masa terdekat.

Perkara ini disahkan oleh pengendali Persib, Robert Alberts dimana jurulatih dari Belanda itu menyatakan pihak pengurusan kelab sedang mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA).

Melaka United
Sumber Gambar: Persib

Menurut Robert, beliau mahu mengadakan perlawanan pra musim bagi mempersiapkan pasukan menjelang saingan musim 2020 dan juga menguji beberapa pemain khususnya pemain import.

Antara pemain import yang mahu diuji oleh bekas ketua jurulatih pasukan Sarawak itu adalah dua pemain dari Brazil, Wander Luiz dan Joel Vinicius dimana kedua-dua pemain akan diturunkan menentang Melaka United nanti.

Baru-baru ini, kelab yang turut sinonim dengan panggilan Maung Bandung itu menyertai kejohanan Asia Challenge Cup 2020 di Stadium Shah Alam yang mana mereka menamatkan saingan di tangga ketiga.

Persib tewas pada perlawanan pertama ketika berdepan Selangor dengan keputusan 3-0 sebelum menewaskan Hanoi FC pada perlawanan kedua dengan keputusan 2-0.

Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:

Indonesia Jadi Destinasi Pra Musim Skuad Melaka United

Liga Malaysia 2020: Melaka United Ikat Pemain Skuad Kebangsaan Haiti

Isu Tunggakan Gaji Melaka United Hampir Selesai