Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Melaka United bakal diperkuatkan oleh seorang penyerang dari Brazil yang pernah menghuni carta penjaring terbanyak dalam saingan Liga 1 Indonesia pada musim 2019 lalu.

Menurut perkongsian Sukanz, perkara ini disahkan oleh Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mohd Sapri dimana selain pemain dari Brazil ini, Melaka turut dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat seorang lagi penyerang dari Croatia.

Melaka United

Datuk Mohd Saiful Mohd Sapri

“Dua import (merupakan) penyerang, (salah seorangnya) dari Croatia dan seorang lagi pemain dari Brazil,”

“Penyerang Brazil tersebut merupakan salah seorang penjaring terbanyak Liga Indonesia 2019,” katanya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun bekas penyerang import Persela Lamongan, Alex Goncalves dilaporkan sebagai pemain yang dimaksudkan oleh CEO Melaka bagi membarisi barisan serangan pasukan musim ini.

Melaka United

Sumber Gambar: Detik Sport

Goncalves menampilkan prestasi cemerlang bersama Persela dalam saingan Liga 1 pada musim 2019 lalu dimana beliau menduduki tangga ketiga dalam carta penjaring terbanyak di belakang Alberto Goncalves dan bekas pemain Melaka, Marko Simic.

Alex menjaringkan 17 gol dalam saingan liga, dibezakan dengan 11 jaringan di belakang Marko yang menjaringkan 28 gol.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Melaka Dikehendaki Bayar Tunggakan Gaji Kepada Curran Ferns Sebanyak RM97,500

Gagal Lengkapkan Dokumen Pelesenan Kelab, Melaka United Bakal Beraksi Di Liga M3?

Peminat Kecam Tindakan Setiausaha Agung Melaka United Pakai Jersi Liverpool Di Majlis Rasmi

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group