Melaka United mempunyai sasaran baru bagi mengisi kuota pemain import mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini apabila dilaporkan berminat untuk mengambil seorang penyerang dari Montenegro.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain yang dimaksudkan ialah Stefan Nikolic, penyerang yang pernah beraksi bersama skuad B-21 tahun Montenegro.

Sebelum ini, Melaka mahu mendapatkan khidmat penyerang dari Croatia, Ivan Lendric namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan setelah Lendric tidak mendapat pelepasan dari kelab beliau.

Melaka kemudiannya mahu menandatangani bekas pemain, Marko Simic secara pinjaman dari kelab Indonesia, Persija Jakarta namun gagal mencapai kata putus.

Stefan Nikolic merupakan penyerang berusia 30 tahun dan setakat ini, beliau telah beraksi bersama 16 kelab seperti dari Serbia, Montenegro, Korea Selatan dan Albania.

Kelab terakhir Nikolic ialah FK Krupa, pasukan yang beraksi dalam saingan divisyen pertama liga bola sepak Bosnia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Perak FC Tetap Guna Logo Baharu Walaupun Dikecam Hebat

RASMI: Pemain Naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi Sah Sertai Newcastle Jets

AFC: Penundaan Perlawanan Kelayakan Berdasarkan Keadaan Semasa