Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) kali ini mempunyai barisan jentera serangan yang cukup mantap apabila mereka mengumumkan Nurshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo sebagai pemain baharu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Mat Yo merupakan seorang penyerang yang cukup berpengalaman dengan rekod 80 penampilan dan 14  gol bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Pemain yang berusia 35 tahun itu pernah beraksi di Liga Thailand bersama pasukan BG Pathum United pada musim 2020 selain mempunyai pengalaman bersama beberapa kelab tempatan seperti JDT, Pahang, ATM, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Felda United.

Pada musim lepas, beliau membantu pasukan Sarawak United muncul sebagai naib juara Liga Premier sekaligus raih tiket beraksi di Liga Super 2022.

Kehadirannya dalam skuad hang tuah mampu membantu menajamkan jentera serangan pasukan itu yang turut dibarisi oleh 3 penyerang import berbisa seperti Ifedayo Olusegun, Sony Norde, dan Emmanuel Oti.

“Semoga dengan pengalaman yang dimiliki Nurshahrul bakal membantu Skuad Hang Tuah dalam memberikan cabaran dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim ini.

“Selamat menyertai kami di Melaka United Mat Yo,” tulis kenyataan rasmi MUFC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Pemain Pertahanan Andorra Lengkapkan Kuota Pemain Import Kedah

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”

Tiada Lagi Zainal Abidin, Melaka United Umum Risto Vidaković Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu

FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group